assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian : D
jiwaku berbisik keras
mengutarakan beban penat lelah
segalanya menjelma diseluruh benak hati
begitu terasa keras ketika lelah mengalir mengharungi detak nadi...
ada kala kehidupan terasa begitu lelah
amarah jiwa kembali menodai rasa
mengatakan betapa berertinya diri ini
terus pijak di hari-hari ku
dimana ingatan mengulang pahitnya
kehidupan kelam terdiam sesali hadirnya sesaat kembali...
*terdiam*
walaubagaimanapun ombak badai melanda dirimu sayang
pasakkan iman di dalam dada.
jangan lemah duhai diri !
jangan beranggapan bahawa engkau sedang bersendiri !
sungguh Tuhanmu sentiasa di sisi !
*toleh kiri*
*toleh kanan*
fasa demi fasa tentang dunia remaja aku telah lewati.
banyak perkara yang aku pelajari.
dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan orang lain.
untuk dijadikan sebagai pengajaran di dalam diari kehidupan.
menyusun langkah-langkah dengan jujur.
moga gugur sebagai jiwa untuk meredhai lagi diredhai Sang Pencipta.
dalam setiap aspek.
aku memerhati dari jauh.
merenung pandangan cantik lagi indah.
wahai sang laut.
kau membuatkan hati ku rasa tenang.
kebiruaan mu membawa aku kepada ketabahan.
keakraban mu antara ombak dan pantai.
jadikan aku terpesona tentang keesaan Ilahi.
yaAllah.
kuatkanlah aku untuk harungi hari-hari-Mu.
hingga ke akhir nafasku.
untuk aku merasakan begitu damainya jika segalanya hanya kerana-Mu.
yaAllah.
maafkanlah hamba yang lagi hina di sisi-Mu.
ampunkanlah aku kerna aku kalah untuk membendung perasaan ini...
hari semakin hari,
terlalu banyak tekanan yang aku rasakan.
lumrah kehidupan wahai nur!
selagi kau hidup kau tak akan pernah diberhentikan daripada menerima ujian.
selagi kau masih bergelar hamba Allah, selagi itu kau perlu bersyukur jika diuji!
namun,
kekadang aku rasa lemah dan terlalu lelah.
pesan banyak kali pada hati agar tabah dan terus gagah.
tetapi tetap juga rasa tidak punya daya dan mahu terus menerus untuk rebah.
aduh!
hakikat dunia sayang :')
khairunnur
kau patut bersyukur !
kau masih punya ibu yang memahami.
kau masih ada keluarga yang menyayangi.
kau masih memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa mendengar keluhan kau.
kau masih punya kawan-kawan yang sentiasa membuat kau tertawa tersenyum.
"apa yang kau nak lagi tak lebih dari secukupnya?"
glurppp.
aku kekadang kuat.
tapi kekadang perghh rasa nak tidur tak nak bangun bangun.
haaa...
apa?
jadi remaja kena kental kuat tabah sabar gagah bak perkasa beb!
remaja.
zaman inilah yang 2 kali dalam hidup.
dan amat penting sekali sebab di titik inilah untuk kita melalui penitian kehidupan.
2 kali?
sekali di dunia.
sekali di akhirat.
nanti di akhirat, kita akan jadi muda taww :) *fiwwittt*
dan bagaimana watak kita di dunia akan digambarkan di akhirat kelak.
so berjaga-jagalah yeaa...
INGATLAH!!!
nanti atuk nenek oyang nyaie semua akan jadi cun melecun menawan
macam ucu-ucu nanti sama taraf je masing-masing ^_^
hihikss : D
*hirup nescafe bersama biskut baby yummyyy*
ujian tentang hati dan perasaan.
fuhh memang beghat nanang arghh !!
sebab sayang itu adalah ujian sebenarnya.
merendahkan rasa sayang itu.
agar tidak melebihi daripada menyayangi yang selayaknya.
DIA.
Pemilik Hati Manusia.
cukuplah sekadar mengetahui isi hati masing-masing
dan aku tidak memerlukan hubungan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana pengakhirannya nanti.
= )
sebenarnya,
dia adalah ujian untuk kita :)
dan berhati-hati dengan ujian.
moga ia tidak menjadikan sebagai ujian mudarat untuk kita.
^^,
teruslah melangkah khairunnur.
kau teruslah maju untuk melalui segala kesulitan ini.
anggaplah kesulitan ini sebagai ujian.
mungkin sakit bila digenggam.
namun terasa nikmat jika ia dihayati satu per satu.
hati yang pernah dirobek dulu.
jangan kau kenang sayang :)
aku bahagia meneruskan dunia remaja aku.
aku bahagia jika dunia remaja aku adalah tempat yang selalu aku berlinangkan air mata.
sebab di titik penitian itu,
aku tahu bahawa kesedihan itu bukan datang sebagai pemalang hari.
tetapi kerana gembira itu tidak terkata.
pandang langit.
yaAllah.
moga setiap persoalan aku akan terlerai.
tidak sekarang suatu hari nanti :)
*n/p Pelita Hidup*
remaja rosak.
sebenarnya 'mereka' masih boleh dibentuk.
mereka digelarkan 'rosak' mungkin pernah terlewat dengan bisikan syaitan.
yang tidak dapat dihalang.
disebabkan iman begitu tipis.
nauzubillahminzalik.
jauhkan dari aku dan rakan-rakanku yang lain daripada segala kejahatan.
jangan!
jangan pernah sesekali menghindari 'mereka'.
tetapi dampingilah dia.
bukan hendak mengikut jejak langkahnya.
tapi untuk rapat sambil berdakwah kepada 'mereka'
menarik 'mereka' daripada terus berjinak dengan perkara yang terus merosakkan 'mereka'
'mereka' masih boleh dibentuk.
'mereka' juga manusia yang selalu dan sering melakukan kesilapan.
mungkin jauh dari suduh hati 'mereka' ingin berubah,
tetapi dengan keadaan masyarakat sekeliling yang selalu memandang rendah.
membuatkan semangat 'mereka' terus hilang.
jangan.
belailah 'mereka' bukan menghina.
'mereka' yang masyarakat kita label 'ROSAK' belum tentu dijauhkan syurga buatnya.
manusia mana yang dilahirkan sejak kecil lagi berniat untuk menjadi jahat!
manusia mana yang dibesarkan otaknya sejak kecil lagi telah disunting untuk jadi rosak!
T I A D A
kebanyakkan keadaan sekeliling mempengaruhi 'mereka'
nauzubillahminzalik.
jauhkanlah yaAllah dari aku dan rakan-rakanku.
pesan aku yang bukan budak baik.
hanya M U M A I Z
jangan jauhi 'mereka'
tetapi dampingilah 'mereka'
asah iman moga ia menjadi lebih tajam dan tajam.
sambil itu tusuk 'mereka'
inshaAllah :)

Assalamualaikum.. Salam singgah.. Sy juga berketurunan bugis.. Smoga dpt menjalin ukhuwah.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Wah glad to know you. Salam ukhuwah Nursakinah.
Delete