"pesan pada diri. bermimpilah ! kerana dengan bermimpi akan bertemu dengan kenyataan.
dan dengan kenyaatan itulah akan mencapai kejayaan.
in shaa Allah"
assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
satu. dua. tiga. empat............
dan hingga sekarang.
- dah pun masuk 16 tahun
pantasnya waktu berjalan
seiring langkah kaki ini ke hadapan
tidak sangka.
dulunya kecik, gigi gongak.
sekarang
--
dah besar dah pandai uruskan diri.
mampu berjalan di kaki sendiri.
fiuhhhhhhhh....
jauh lagi rupanyaa
perjalanan hidup ini.
"manusia hanya merancang data kehidupan mereka.
tapi, Allah adalah sebaik-baik perancang
buat hamba-hambaNya"
jujur.
berat rasa hati ini untuk meninggalkan ibu tercinta/
di rumah dan diri jauh pada jarak ibu
mana tidaknya
selama ini ke mana ibu di situ aku
langkah ibu langkah aku.
sepanjang abah pergi,
tidur tiap malam aku bertemani ibu di sisi
aku teringat suatu masa
dunia aku lengkap selengkapnya
--
--
ibu dan abah
setia mereka di sisi aku dan abang kakak yang lain
kini
seorang pergi. abah.
rasa lumpuh hidup aku.
tapi,
aku perlu lagak kuat
'jangan nangis depan ibu nanti ibu sedih'
suatu bisikan yang aku pernah terima
lupa siapa pemilik suara itu.
jadi, tidak akan lama lagi
malam kiri kanan aku tiada siapa malam sahaja serupa
bukan taknak sekolah lama, tapi
bahagian yang aku minat tak ada
huwaa apa ?! hati tak terima jiwa merontak
untuk belajar benda yang kita taksuka!
pujuk hati.
tabahlah.
*******
oat krunch yuummyyyy
10 / 1 / 1999 sehingga 12 / 12 / 2011
aku rasa tempoh itu cukup sempurna dan sempurna.
aku dijaga dan dididik dengan cukup sempurna. tentang ilmu dunia dan akhirat aku diajar. diajar mengaji, diajar membaca, diajar mengira 1 2 3.
waktu aku umur dua tahun, abah sakit. waktu kecik, apalah aku tahu tentang semua tu. yang aku tahu aku perhati, ramai orang keluar masuk kunjung rumah aku ke bilik ibu abah. ada apa ? kenapa ya ? setahun selepas tu, abah dah mula sembuh sedikit. alhamdulillah. abah kembali semula mengajar pergi ke mana mana sekolah untuk berceramah. akak-akak abang-abang aku selalu cemburukan aku. mereka pernah merasa pergi ke ceramah abah sendiri. aku sorang je tak pernah merasa bersekolah dengan ibu ayah sendiri. best tak? mesti bangga kan lelaki yang berdiri di hadapan tu, yang membangkitkan jiwa anak muda, lelaki itu rupanya abah kita. bukan niat bangga untuk menunjukkan diri. cuma bangga dengan ayah kita!
waktu aku umur dua tahun, abah sakit. waktu kecik, apalah aku tahu tentang semua tu. yang aku tahu aku perhati, ramai orang keluar masuk kunjung rumah aku ke bilik ibu abah. ada apa ? kenapa ya ? setahun selepas tu, abah dah mula sembuh sedikit. alhamdulillah. abah kembali semula mengajar pergi ke mana mana sekolah untuk berceramah. akak-akak abang-abang aku selalu cemburukan aku. mereka pernah merasa pergi ke ceramah abah sendiri. aku sorang je tak pernah merasa bersekolah dengan ibu ayah sendiri. best tak? mesti bangga kan lelaki yang berdiri di hadapan tu, yang membangkitkan jiwa anak muda, lelaki itu rupanya abah kita. bukan niat bangga untuk menunjukkan diri. cuma bangga dengan ayah kita!
lepas abah dah tunjukkan keadaan positif, setiap kali abah balik dari sekolah. lepas abah dah rehat bersiap semua. "jommmm" ajakan abah. hurraayyyy ! lonjakan tanda kegembiraan seorang anak kecil. aku. naik motor kriss lama. aku duduk belakang ataupun depan. tengok mood haha. round beberapa kampung. apa yang aku buat sepanjang tu, apa lagi, bukak mulut la! nyamaann angin di tekak ! bahagia sangatt ! mak angkat aku yang jaga aku, katanya selalu jadi mcm orang hampir gila cari aku dekat luar, takutnya aku main dekat perigi haha padahal aku dibawa abah berjalan.
waktu subuh je, satu sapaan setiap anak terasa di telinga "nakkk subuhh nakkk". lepas je solat subuh, siap-siap. "jommm" !!! yeahh, jogging pulak. kekadang satu round kampung je tapi kekadang sampai ke jeti pengerang. abah jogging. aku naik basikal kahkah ngelat :p bila pertengahan jalan, aku raba kocek abah. "yesssssss!" faham la abah makna aku tuh. belanja ngopi pagi ! heww heww. kekadang abah saja tak bawak beg duit, sebab ibu dah beri warning awal-awal sarapan dkt rumah tak boleh lari hahaha.
bahagianyaa.
*********
*********
12 tahun.
sebagai murid peperiksaan. sebagai aku harapan sekolah. upsr. digalas satu tanggungjawab besar. balik dari sekolah lambat semuaa. kelas tambahan. kekadang aku pergi terus ke sekolah ibu, sekolah menengah. dekat sebelah je. jalan kaki. kekadang malas ibu amik. waktu tu, abah dah pencen awal. sebab sakit abah datang semula. tapi abah still boleh drive... pergi ibu hantar, balik kekadang abah amik.
ada satu malam tu, ada majlis solat hajat untuk pelajar tahun 6. malam tu, abah tak pergi. ibu je pergi. kecik hati la juga. tapi hati anak perlu faham keadaan abah. lepas beberapa hari, waktu hari peperiksaan. ibu yang hantar. sebelum masuk dewan kan, setengah jam ada lagi masa. tetiba, aku nampak kereta kancil hitam kuning letak parkir di sebelah bangunan baru.
Abah !
Abah !
aku lari tengok abah. abah bertongkat masa tu. abah kata, "nakk, tunjukkan abah surau".
aku bawaklah abah, abah sorang je masa tu. risau pulak aku. dah laa surau tingkat satu. abah bertongkat. bahaya kalau dibiarkan. masa tinggal 10 minit. waduh gawatt ni. nasib abah dah amik wudhu dari rumah. aku tempatkan abah dalam surau tu. sebelum aku pergi, aku salam abah, "abahh doakan nurr ye". abah peluk aku, sambil pesan, "baca bismillah nakkk sebelum masuk dewan, langkah kaki kanan. ingat, Allah selalu ada dengan kita". baik bahh. terima kasih.
aku terus lari ke dewan. huhh. nasib satu baris baru masuk.
hari keputusan upsr keluar *gementar*
masa tu, aku dengan kawan-kawan yang lain kat atas pentas. latihan untuk esok malam, ada majlis anugerah. tetiba kan, ada seekor lalat nii hinggap betul betul dekat hidung aku.
'dalam hati ishh apa laa nasib baik hari ni'. tengah menyanyi tuuu, guru besar dah balik dpd ambil keputusan dekat ppd. perghhh. teruskan je laa nyanyian. relax. tetiba cikgu suruh stop. ada pakcik makcik tukang kebun yang memang rapat dengan aku tunjuk satu signal. keluarkan tangan mereka tunjuk 5. apa maksud tu? kawan dekat sebelah aku yang sama tengok makcik tu pun teriak, "yeayyyyy ada 5 orang dapat 5a!!!!" hish biar betul? "kenduriiii laa kitaaa!!" haha. cikgu kharis dulu pernah janji, kalau 3 orang ke atas dapat 5a, cikgu buatkan kenduri untuk kita semua. haha. besttnyaa!
'dalam hati ishh apa laa nasib baik hari ni'. tengah menyanyi tuuu, guru besar dah balik dpd ambil keputusan dekat ppd. perghhh. teruskan je laa nyanyian. relax. tetiba cikgu suruh stop. ada pakcik makcik tukang kebun yang memang rapat dengan aku tunjuk satu signal. keluarkan tangan mereka tunjuk 5. apa maksud tu? kawan dekat sebelah aku yang sama tengok makcik tu pun teriak, "yeayyyyy ada 5 orang dapat 5a!!!!" hish biar betul? "kenduriiii laa kitaaa!!" haha. cikgu kharis dulu pernah janji, kalau 3 orang ke atas dapat 5a, cikgu buatkan kenduri untuk kita semua. haha. besttnyaa!
okayy guru besarr dah ada. masing-masing minta ambil tempat sendiri. aku duduk. berpeluh jugaa.
tetiba ucapan awal dia berterima kasih dan ucap tahniah. katanya, ada 10 orang dapat keputusan cemerlang. aku dalam hati 'biar betul? tapi kenapa sedih no bunyi nye'. guru besar, "haha saya bergurau saje. 10-9 berapa? haa hanya seorang sahaja yang mendapat 5a". mata dia lirik dekat aku. ahh aku tak nak berharap la! "siti khairunnur binti laderlah, mari ke depan. ambil slip. tahniah. anda dapat 5a" aku? tekup mulutt mata dahh berair dia. 'benar ke ni? mimpi ke aku'
lepas tu, cikgu bm bisik telinga aku. tahniah nur! cikgu-cikgu semua takutt sebab kertas soalan bm awak dapat 70++ je. nasib gred turun ! yaallah alhamdulillahhhh sesangat.
bm pemahaman aku memang reject hui >< bak kata cikgu kharis, orang keling. k terima haha.
bm pemahaman aku memang reject hui >< bak kata cikgu kharis, orang keling. k terima haha.
tetiba. kawan aku jerittt "nurrr ayahh kauu!!"
ha? aku keluar..
tengok abah tengah berlari dengan tongkat dari kereta. haa ni mesti ibu dah beritahu abah dulu ni.
aku pun berlari dapatkan abah. bila dah dekat sedikit,
"abahhhh"
"tahniahh nakk jadi orang yangg berjaya nakk abahh bangga", sambil melutut abah memeluk.
yang lain hanya memandang. haha maluu nyee xD bayangkan, aku dan abah dekat tengah. murid-murid cikgu-cikgu lain membulatkan kami berdua. hahahaaa terima kasih yaAllah. air mata abah yang jatuh itu, sangat berharga.
air mata gembira untuk kali terakhir kali kah ini?
"abahhhh"
"tahniahh nakk jadi orang yangg berjaya nakk abahh bangga", sambil melutut abah memeluk.
yang lain hanya memandang. haha maluu nyee xD bayangkan, aku dan abah dekat tengah. murid-murid cikgu-cikgu lain membulatkan kami berdua. hahahaaa terima kasih yaAllah. air mata abah yang jatuh itu, sangat berharga.
air mata gembira untuk kali terakhir kali kah ini?
![]() |
| malam anugerah |
bulan disember 2011.
cuti sekolah yang panjang itu, aku bukan seperti kawan-kawan yang lain. cuti aku banyak dihabiskan di hospital. abah dimasukkan di Hospital Sg Buloh. abah ada pembedahan kepala di otak. sebabnya di kepala abah ada air. tidak tahu punca air itu dari mana. doktor kata, kalau ada air mesti ada ketumbuhan tapi abah tak ada cuma air sahaja.
aku temankan abah. ibu terpaksa jaga abang aku spm, pulak tuu kena chicken pox. fuhh.
malam pagi aku abah di sisi.
aku temankan abah. ibu terpaksa jaga abang aku spm, pulak tuu kena chicken pox. fuhh.
malam pagi aku abah di sisi.
sebelum bertolak ke kl nak masuk ke hospital. nenek, mak abah ada di rumah. petang tu nak bertolak. aku. kak Anis. kak Syairah.
abgNaufal kena chicken pox masa tu. pagi sebelum bertolak tu, aku dgn ibu pergi ke pengerang. ada pokok besar tu katanya ubat utk chicken pox. daun india orang panggil. jadi, ambillah minta izin dulu dengan tuannya.
nak bertolak tu ke kl, abah duduk atas kerusi dlm bilik. dengan ibu. tengah siap-siapkan barang. tetiba abah jerit seolah macam serious sangatt. abah minta ibu ambilkan daun bunga yang 'kita' ambil tu. ibu pelik la. daun bunga apa? bila abah pergi? aku dgn kak Syairah gegas tengok dari pintu bilik.
Allah.
apa tu? pancaran cahaya apa di mata abah? kenapa pelik? kenapa?!
kak Syairah terus mengagak.
"buuu mungkin daun bunga india tu kott". ibu pun amik laa dekat tepi abgNaufal.
Allah.
apa tu? pancaran cahaya apa di mata abah? kenapa pelik? kenapa?!
kak Syairah terus mengagak.
"buuu mungkin daun bunga india tu kott". ibu pun amik laa dekat tepi abgNaufal.
"ini ke bangg" suara ibu cemas.
abah ambil. dan urat daun tengah tu dibelahnya. apa tanda ni?
"nahh syidah abah ambil nii. daun nii tanda cinta kita"
"apa awak merepek ni. nahh simpan nii simpan halau benda-benda halus."
ibu seolah takut. risau.
dah nak bertolak tu, nenek, mak kepada abah. abah sedikitpun tak nak pandang muka nenek. ntahh. kenapa hari tuu lain sangatt ye?
tiga minggu aku jaga abah.
mingu pertama tu, ibu naik ke kl dengan abgNaufal. lepas habis spm. jadi, aku dgn abgNaufal lah yang jaga. dekat situ ada hostel. so senang la. ibu balik semula ke kampung dengan kakSyairah. banyak urusan ibu. nak uruskan itu ini. majlis perkahwinan kakak-kakak aku lagi beberapa minggu je. nak contact dengan tukang masak semua, kad belum edar. jadi, ibu yang uruskan. kesian aku lihat ibu. nak bantu sama, tapi di situ lagi penting. abah. jadi doa aku perjalanan ibu dipermudahkan Tuhan.
minggu kedua ibu naik kl semula. abah dah selamat operation. alhamdulillah. nampaknya abah menunjukkan keadaan yang positif. cuma,lepas hari operation tu, abah tak ingat aku tak ingat anak-anak.sedihnya :'( tak apa lah, hati anak cuba faham mungkin bius belum hilang lagi. bila ibu dah sampai, ibu abah ingat. ibu jaga abah masa tu. ulang alik kekadang aku.
suatu kejadian yang bila aku dan ibu cerita, mengalir air mata. hanya aku dan ibu saja masa tu menjaga abah. hanya ibu dan aku saja menjadi saksi. yaAllah maafkanlah hamba-Mu ini. maafkan nur abah. waktu subuh. hati aku, 'abah kenapa ni bahhh jangan buat benda pelikk bahh ingat Allah'.
suatu kejadian yang bila aku dan ibu cerita, mengalir air mata. hanya aku dan ibu saja masa tu menjaga abah. hanya ibu dan aku saja menjadi saksi. yaAllah maafkanlah hamba-Mu ini. maafkan nur abah. waktu subuh. hati aku, 'abah kenapa ni bahhh jangan buat benda pelikk bahh ingat Allah'.
malam tu ibu nak pulang ke kampung, urusan edar kad belum settle lagi. kakSyairah ikutt ibu.
malam tu- ibu, kakMaya dan aku dalam bilik wad tu. ibu nak pergi dan sebelum tuu ibu cakap, "bangg, kami nak balik dulu ni uruskan utk kahwin anak nanti. maafkan silap salah kami bang. i love you"
sebelum ni abah tak boleh cakap. susah.
dan malam tu, aku terkejut. hanya seungkap ucapan.
" i...... lo....ve....youuuu....tooo" suara serak yang seakan tidak lepas. suara yang penuh dalam.
aku dan kakMaya jadi saksi waktu tu.
kakMaya dah teresak menangis. aku mampu mengelap satu dua titik air mata.
ibu, sayu saja wajah mu.
sehari sebelum hari itu.
aku dan abgNaufal mandikan abah. berus badan abah. alhamdulillah semua kerja menguruskan orang sakit macam abah, mudah sahaja walaupun abah tak boleh banyak gerak. aku beruskan gigi abah. abah gigit jari aku. pastu abah sengih. hahahaaa abah abah. ajak gurau ye x'D
rupanya waktu itu adalah hari terakhir aku mandikan abah.
rupanya waktu itu adalah hari terakhir aku mandikan abah.
lepas maghrib tu, aku terserempak dengan ibu dekat lobi. ibu nak naik atas. aku pula nak ke hostel. nak beli makan. sempatt aku peluk ibu. abah dah beberapa hari tak boleh makan. tangisan aku petang itu belum reda lagi. tak tahu kenapa, petang itu aku rasa sedihh sangatt tetiba hati suruh menangis. nangis la. pelik. jadinya ibu pun naik ke atas. malam ni ibu nak jaga, kata ibu. kesian pula aku nak suruh ibu jaga, iyalah baru sampai rehat-rehat laa dulu.
aku dalam hostel. baring. kenapa hati ni? gelisah saja.
kakSyairah pun muncul. aku tanya, "okay raa?"
"okayyy tadi abah punya heart beat, jantung, darah semua okayy"
"raaaa kenapa nur ni rasa lain?" aku selimutkan diri pandang arah lain.
"laaa kau jangan susah hati la. pergi amik wudhu baca yassin untuk abah"
tetiba fon kakSyairah bunyi.
'iyea saya. haa okay okayy sayaa sayaa datangg.'
aku terus toleh semula. aku risau! aku tanya kenapa?
akak aku terus pergi. macam kecemasan saje tengok --' hish bukan nak cakap dulu ke.
dlm 10 minit, fon aku bunyi. 'Dinda Era'
'nurrrr baca yassin untuk abahh!!!'
11.00 pm, Ahad
belum sempat aku tanya kenapa dah fonn mati kehabisan bateri. yaAllah !
makcik sebelah aku yang faham keadaan kami mempelawa aku untuk meminjam fon dia. aku terus gapai. line busy. aku? aku terus fikir benda buruk. yaAllah ! apa ini...??!!
diri aku. dalam keadaan cemas begini. aku tak boleh berjalan. kaki aku kaku. tangan ku gigil. aku tak mampu berbuat apa-apa. bibir aku cuma 'abahhh abahh' seolah zikir bunyinya. alhamdulillah, makcik sebelah aku yang lagi sorang tu, agak mudaa sikit. baik sungguh hatinya. dia yang melihat aku dan faham terus mendokong aku. aku dah la berat. gigil aku tidak berhenti... 'sakit apakah ini?'
maaf makcik menyusahkan makcik malam-malam begini.
maaf makcik menyusahkan makcik malam-malam begini.
Allahu.
abah dijemput panggilan Ilahi...
malam itu... sah aku gelar anak yatim.
pokok tunduk sayu...
'setiap yang hidup pasti akan mati'
aku kena percaya kata itu.
aku berpapah pada dinding.
ke hostel bila mengesahkan, benarlah abah tiada lagi.
tiada kuasa yang dapat menghidupkan sesuatu melainkan kuasa Tuhan.
jenazah abah dimandikan di hospital malam itu juga.
saudara mara ramai berkumpul tiba.
malam itu.
aku rasa setiap tangkai jantung ku direntap
seluruh rasa jiwa aku terbang melayang.
allah. kuatkan ku. sungguh aku lemah untuk ini.
siap abah dimandikan. setiap keluarga diberi untuk mandikan abah kali terakhir. tuang air aku perlahan lahan. teresak-esak aku dibuatnya.
jiwa ku mendesak, mana abah aku dibawa pergi?
anak kecil aku seperti aku berumur 12 tahun menagihkan kasih dan sayang daripada seorang ayah. dan aku kehilangannya sudah.
abah. moga tenang di sana. doakan anak mu di sini. mohon doa dan restu daripada mu, abah.
jemput aku bila tiba nanti. moga kita sekeluarga dapat berkumpul di rumah syurga Tuhan nanti.
selepas beberapa hari,
hari dirasa gundah. hati rasa gelisah.
yang paling kesian kakShad. dia jauh. sarawak. takdapat lihat wajah abah untuk terakhir kali.
-
setiap sudut rumah membawa kenangan indah.
ahhh aku tidak bisa begini.
pasti abah sedih bila melihat aku sedih. bangkit khairunnur!
jerit hati aku.
empat hari selepas abah pergi,
ibu menerima satu mesej.
dan aku juga menerima sebuah surat.
aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.
hambar aku tenung surat itu...
maaf. aku perlu tolak tawaran itu. walaupun di sudut hati, rasa mahu.
tegakah hati seorang anak melihat ibunya seorang diri yang baru sahaja kehilangan suami?
aku bisa membandingkan yang mana perlu dan yang mana mahu.
dan sekarang ni ;-
********
ibu. untuk kali ini. izinkan anakmu ini pergi menuntut ilmu
di persada lain.
ibu. ampunkan dosa silap salah nur.
sungguh hati rasa berat meninggalkanmu ibu.
tapi, demi impian yang menjulang.
terpaksa diri melangkah pergi. walau hati seakan tidak rela.
ibu. niat nur suci. minta nur cuma satu, doakan kejayaan nur di dunia dan di akhirat.
seimbang.
ibu. terima kasih untuk segala-galanya.
kerenah ku kau layan.
ragam ku kau sabar.
setiap kali diri ini menimpa sakit, kau setia di sisi.
malam ku berpeluh sejuk, rupanya kepala direndam air. katanya, biar sejuk dalam.
malam ku berpeluh sejuk, rupanya kepala direndam air. katanya, biar sejuk dalam.
tika aku mengalami pendarahan, kau lah yang segera ke hospital malam-malam buta.
dalam keadaan kau sendiri silau pada cahaya lampu malam.
tabah kau pandu aku melihat merana kesakitan.
dalam keadaan kau sendiri silau pada cahaya lampu malam.
tabah kau pandu aku melihat merana kesakitan.
ibu. sayu hati ini.
wajahmu mampu mengalirkan air mata ini.
ibu.
restu dan reda kepergian nur. nur tahu, ibu juga berat hati untuk melepaskan nur.
"ibu, ibu sedih tak nur nak pergi ni?" tengah basuh pinggan.
"sedih laa nur sekarang ni pun ibu dah merasa sedihnya *seakan menangis dalam*
tapi apa nak buat, anak nak belajar"
"ibu, ibu sedih tak nur nak pergi ni?" tengah basuh pinggan.
"sedih laa nur sekarang ni pun ibu dah merasa sedihnya *seakan menangis dalam*
tapi apa nak buat, anak nak belajar"
ibu. seperti nur kata.
niat nur suci.
kepergiaan ini membawa satu hijrah pada diri nur.
apa yang nur minta.
doakanlah nur dan please please, jaga kesihatan ibu ye!
ibu.
langkah ini moga diberkati dan diredhai Tuhan.
doa mu tiada hijab.
jadi, doakanlah nur ibu.
menjadi anak yang soleh dan solehah.
menjadi hamba yang taat perintah Tuhan.
menjadi hamba yang taat perintah Tuhan.
menjadi pelajar yang cemerlang.
menjadi pekerja yang berkomitmen.
menjadi isteri yang taat dan setia.
menjadi orang muda yang menyayangi.
menjadi orang tua yang dihargai.
menjadi jenazah yang didoakan.
doakan nur dilimpahi rezeki agar rezeki dikongsi orang yang memerlukan.
dipermudahkan urusan untuk melangkah tanpa gelisah.
dipanjangkan umur untuk berbakti di bumi Tuhan.
diberikan akal yang bijaksana agar status Islam dapat dipertingkatkan.
ibu.
nur mohon.
moga umur mu dipanjangkan Tuhan.
agar engkau dapat melihat aku berjaya. besar nanti.
moga kau dapat merasa wang gaji pertama daripada titik peluh ku nanti.
moga kau dapat melihat anak mu ini membina masjid nanti.
mohon ku sekali pada Tuhan...
ibu wakilkanlah untuk abah merasai semua itu.
ibu. abah.
doakan lah anak mu ini.
sungguh niat ku lillahitaala.
doakan nur ditetapkan hati
istiqomah.
abah.
moga kau tenang di sana.
jemput nur untuk suatu masa nanti.
ampun maaf nur sujudkan untuk mu ibu dan abah.
puteri bongsu ibu ini membesar.
sedang mencari makna kehidupan.
sedang merangkak mengenal Tuhan.
moga setiap langkah nur diredhai Tuhan.
abah. ibu.
kasihmu tiada tandingnya. tidak dapat diganti siapa.
terbayang aku nanti redup wajah mu ibu abah.
ibu abah.
tidak jemu aku mendoakan mu.
moga hidup keluarga kita dipayungi Tuhan.
abah.
nur rindu abah.
ibu.
jauh ini mengajar aku untuk merindui mu.
abah ibu. nur milik Tuhan. dan ibu abah juga adalah milik Tuhan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku...
jaga didik asuh mu aku hargai setiap satu.
terima kasih, kekasihku.
-TiJB-
be nice to me :')
abah. ibu.
kasihmu tiada tandingnya. tidak dapat diganti siapa.
terbayang aku nanti redup wajah mu ibu abah.
ibu abah.
tidak jemu aku mendoakan mu.
moga hidup keluarga kita dipayungi Tuhan.
abah.
nur rindu abah.
ibu.
jauh ini mengajar aku untuk merindui mu.
abah ibu. nur milik Tuhan. dan ibu abah juga adalah milik Tuhan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku...
jaga didik asuh mu aku hargai setiap satu.
terima kasih, kekasihku.
"terbayang aku satu wajah
penuh dengan kehangatan dan ketenangan
terbayang aku satu wajah
penuh cinta dan kasih
oh ibu dan abah.."
-TiJB-
be nice to me :')
