Popular Posts

Monday, December 11, 2017

just take a breath

assalamualaikum....

it's been a long long day not to up-to-date this home !
soooo helloooo guys

terlalu lena dibuai mimpi


"atas segala perkataan,
aku paling percaya kata dari Tuhan"

dan aku disini
dalam khabar yang baik saja

syukur Alhamdulillah

kerana masih lagi dipinjamkan nyawa
walaupun kadang diri ini
seakan lupa kata-syukur

aku sendiri di sini
masih berjalan

menjadi pemerhati

untuk melihat gelagat manusia
yang tidak terperi
dari baik buruknya
biasalah manusia

siapa kita untuk layaknya dipuji

kerana kita manusia
tidak semuanya orang suka dari segala segi

sebab itu
hargai di sekeliling kita

terima kasih ibu dan abah

didikan mu menjadi aku dewasa hingga kini

2015 
masa ni aku tingkatan 4. aku dapat tawaran teknik jb. pada pertama kalinya aku duduk di asrama. antara yang paling terkesan dengan pemergian aku - ibu. sebab aku la antara yang paling rapat dengan ibu. tahu, ibu rasa berat hati untuk pemergian ku. tapi demi ilmu anak-anak, ibu redha atas pemergianku. ibu kata belajar itu juga satu berjuang. ibu kata ibu tak menangis sebab aku pergi berjuang bukan di medan perang. cuma jihad untuk ilmu. ya, terima kasih ibu. moga setiap langkah ku dalam redha-mu ; itu laa bait bait hati ku untuk aku terus kuat kerana kekuataan ku ada bersama ibu

akhir tahun tu, biasalah aku budak nakal terrrrbawak fon hehehehe. masa tu dah habis final exam. so bebas sikit la kan. tapi fon tu aku simpan dalam locker aku takbebas main.
suatu hari tu 
hari isnin masa tu ada program kat dewan. perjalanan balik dari dewan ke asrama, hati aku taktahu rasa macam taksedap hati. balik tuu aku terus masuk dorm. biasanya balik tu aku gi prep dulu. tapi hati aku berat sangat nak pergi dorm nak amik fon dalam locker. masa bukak locker tu aku bukak slow slow la sebab kak eryn (captain asrama) ada hehehe. masa tu aku on fon. aku bukak group ws family. conversation adik beradik aku macam pelik. jantung aku dah kuat berdenyut. masa tu, "masuk hospital syera tengokkan ibu" bila aku baca part tu aku dah gigil.
aku terus call syera. tak dapat. aku call anes. anes kata ibu kena stroke. baru semalam masuk kpj johor. aku terus menangis. anes kata jangan call ibu. ibu taknak kau tahu. ibu taknak cakap dengan sesiapa. lagipun ibu cakap tak jelas. 
ya Allah. tuhan je tahu perasaan aku. ibu taknak aku risau. ibuuuuuuuu

aku dengan takhairan kata kakak aku. aku call ibu juga. call kali ketiga baru dapat. suara maya. aku terus tanya ibu mana? pastu maya kata ibu taknak cakap. aku cakap tolong bagi ke ibu. 
pastu dengar suara ibu. aku jerit ibuuuuuuuuuu. ibu kata jangan nangis. dengar suara ibu takberapa jelas, rasa pelat. ibu kata jangan risau. aku jerit melaung. masa tu budak dorm semua berkeromon kat aku. aku dah hampir nak pengsan. aku lendeng dekat bahu siapa entah. yang ada aina, hanis, lisa, kak eryn, kak zira. aku cakap aku takut. aku taknak rasa kehilangan lagi, sebab kehilangan dulu pun masih terasa lagi. lepas je aku reda kan diri aku. aku pergi bilik prep. aku kemas buku buku aku. aku kemas barang yang patut. barang kat dorm aku dah kemas. petang tu jugak aku pergi rumah kaknor. aku minta kebenaran nak balik awal. sebab mak masuk hospital. alhamdulillah aku diberi keizinan pulang awal. aku dah kemas barang-barang. terima kasih sangat-sangat. kawan kawan dorm, kawan kawan prep. terima kasih korang. terima kasih tolong sama kemaskan barang aku.
malam tu, abanglan dengan shad datang amik aku. terharu kawan kawan hantar aku angkat barang aku yang sebesar alam tu masuk dalam kereta. sampai ke pagar. malam tu lepas makan malam dekat luar, dengan abanglan & shad, aku terus gi kpj. dekat je dalam 15 minit  sampai. tapi waktu melawat dah takde. syera kata esok je aku datang tidur. tapi aku merayu dekat guard tu nak tengok mak saya sekejappp je. so dia ok dia bagi jee masuk. dapat cium peluk ibu pun jadilah. ibu meleleh air mata. ibu kata jangan nangis, tapi ibu sendiri mengangis :'( hmm aku takdapat tidur. ok takpelah aku balik ke rumah dulu. esok pagi aku gerak dengan shad semua la. aku bawak barang aku mana yang patut. lepastu aku pula yang ambil alih jaga ibu dekat wad. ibu taknak pakai pampers. so nak pergi tandas tu kena hati hati jaga langkah. 
seminggu je ibu masuk wad. sebab tak tahan dengan aircond kat situ sejuk. kalau gitu sampai bila ibu nak sihat. so keputusan family nak bawak ibu balik rumah, rawatan secara tradisional.
alhamdulillah, syera pandai urut. satu hari tiga kali dia urut ibu dengan minyak tanah. 
setiap pagi dalam pukul 10-11 gitu, panaskan air, mandikan ibu air suam. dalam seminggu juga ibu pakai kerusi roda tu nak pergi mandi semua. ibu dah kuat sikit. 
syukur sangat masa tu aku cuti. dapatlah aku jaga ibu. masa sapukan bedak dekat badan ibu, ibu ucapkan terima kasih. aku cakap ke ibu, kenapa pula ibu nak berterima kasih pd nur, nur yang berterima kasih pada ibu sebab bagi nur peluang untuk jaga ibu dan nur bersyukur dapat mandikan ibu jaga ibu semua, so dont need to thanks. tiap pagi ajar ibu exercise mulut semua. a e i o u semua tu hahaha. ibu kata, patutlaaa abah suka sakit, rasa tenang je. doa orang sakit ni sangat makbul. benarlah. sakit ni. untuk kita lebih dekatkan diri dengan Allah.

ibu cuma mild stroke. tu yang boleh cepat baik.

dan sekarang, cuma tangan belah kiri ibu tu macam berat sikit. 
alhamdulillah, ibu yang dulu agak cengkung, 
sekarang dah bambam sikit. 

ibu pun, banyak makan ubat, antaranya herbalife.

aku pun minum herbalife, tapi tak kurus kurus pun hehehehehe

ni pun, syukur alhamdulillah, aku belajar jauh pun, dalam dua bulan sekali tu aku balik.
takpelah, seksa sikit untuk sambung belajar ni sebab jauh,
nanti dah kerja dekat sikit.
dekat jee pengerang tu banyak kerja kosong.

sooo heyyy terengganuuuu here we go ~

baru sem pertama, tak de lagi tempat menarik nak pergi....
paling paling pun gi ecm kuatan... pulau pebenda ntah 

jauh daripada keluarga ni juga
satu cabaran

huhh

rindu memanjang

nak makan memacam 

tapi tu laa...
bila dah belajar luar negeri ni
daripada banyak negeri negeri

banyak aku perhatikan

dan aku
cuma laa perlu gigih dan iman tu 
perlu kental
sentiasa dipolish

bila dah jauh dari keluarga,
kau dan iman kau je yang 
bersaing

mana diri kau yang
sebenarnya

cari.

kau solat tak solat semua dalam jagaan kau sendiri

pesanan;
carilah kawan yang sama-sama nak berjaya
bukan setakat berjaya
tapi berjaya ketika menjaga dalam hubungan Allah.

so
kalini target, 
nak capai 4.0 
tak four point zerroo pun

dekan cukup laa. 

tak dekan
lulus pun cukup bermakna dah

ibu kata, direct sem dapat dekan dapat hadiah
opal kata, sem ni dekan ada hadiah tak boleh bagitahu

ok aku nak tengok
pastu nak tuntut janji

hahahahaha

ok banyak lagi nak cerita

tapi nanti ehhhh

ramai orang tegur aku dah gemok

wekkkk suka ti

okkk byee nak angkat baju

sebelum tu, 
jangan lupa ye setiap kali lepas solat, 
doalah untuk saudara kita
untuk kemenangan Islam
untuk BaitulMaqdis