Popular Posts

Monday, December 11, 2017

just take a breath

assalamualaikum....

it's been a long long day not to up-to-date this home !
soooo helloooo guys

terlalu lena dibuai mimpi


"atas segala perkataan,
aku paling percaya kata dari Tuhan"

dan aku disini
dalam khabar yang baik saja

syukur Alhamdulillah

kerana masih lagi dipinjamkan nyawa
walaupun kadang diri ini
seakan lupa kata-syukur

aku sendiri di sini
masih berjalan

menjadi pemerhati

untuk melihat gelagat manusia
yang tidak terperi
dari baik buruknya
biasalah manusia

siapa kita untuk layaknya dipuji

kerana kita manusia
tidak semuanya orang suka dari segala segi

sebab itu
hargai di sekeliling kita

terima kasih ibu dan abah

didikan mu menjadi aku dewasa hingga kini

2015 
masa ni aku tingkatan 4. aku dapat tawaran teknik jb. pada pertama kalinya aku duduk di asrama. antara yang paling terkesan dengan pemergian aku - ibu. sebab aku la antara yang paling rapat dengan ibu. tahu, ibu rasa berat hati untuk pemergian ku. tapi demi ilmu anak-anak, ibu redha atas pemergianku. ibu kata belajar itu juga satu berjuang. ibu kata ibu tak menangis sebab aku pergi berjuang bukan di medan perang. cuma jihad untuk ilmu. ya, terima kasih ibu. moga setiap langkah ku dalam redha-mu ; itu laa bait bait hati ku untuk aku terus kuat kerana kekuataan ku ada bersama ibu

akhir tahun tu, biasalah aku budak nakal terrrrbawak fon hehehehe. masa tu dah habis final exam. so bebas sikit la kan. tapi fon tu aku simpan dalam locker aku takbebas main.
suatu hari tu 
hari isnin masa tu ada program kat dewan. perjalanan balik dari dewan ke asrama, hati aku taktahu rasa macam taksedap hati. balik tuu aku terus masuk dorm. biasanya balik tu aku gi prep dulu. tapi hati aku berat sangat nak pergi dorm nak amik fon dalam locker. masa bukak locker tu aku bukak slow slow la sebab kak eryn (captain asrama) ada hehehe. masa tu aku on fon. aku bukak group ws family. conversation adik beradik aku macam pelik. jantung aku dah kuat berdenyut. masa tu, "masuk hospital syera tengokkan ibu" bila aku baca part tu aku dah gigil.
aku terus call syera. tak dapat. aku call anes. anes kata ibu kena stroke. baru semalam masuk kpj johor. aku terus menangis. anes kata jangan call ibu. ibu taknak kau tahu. ibu taknak cakap dengan sesiapa. lagipun ibu cakap tak jelas. 
ya Allah. tuhan je tahu perasaan aku. ibu taknak aku risau. ibuuuuuuuu

aku dengan takhairan kata kakak aku. aku call ibu juga. call kali ketiga baru dapat. suara maya. aku terus tanya ibu mana? pastu maya kata ibu taknak cakap. aku cakap tolong bagi ke ibu. 
pastu dengar suara ibu. aku jerit ibuuuuuuuuuu. ibu kata jangan nangis. dengar suara ibu takberapa jelas, rasa pelat. ibu kata jangan risau. aku jerit melaung. masa tu budak dorm semua berkeromon kat aku. aku dah hampir nak pengsan. aku lendeng dekat bahu siapa entah. yang ada aina, hanis, lisa, kak eryn, kak zira. aku cakap aku takut. aku taknak rasa kehilangan lagi, sebab kehilangan dulu pun masih terasa lagi. lepas je aku reda kan diri aku. aku pergi bilik prep. aku kemas buku buku aku. aku kemas barang yang patut. barang kat dorm aku dah kemas. petang tu jugak aku pergi rumah kaknor. aku minta kebenaran nak balik awal. sebab mak masuk hospital. alhamdulillah aku diberi keizinan pulang awal. aku dah kemas barang-barang. terima kasih sangat-sangat. kawan kawan dorm, kawan kawan prep. terima kasih korang. terima kasih tolong sama kemaskan barang aku.
malam tu, abanglan dengan shad datang amik aku. terharu kawan kawan hantar aku angkat barang aku yang sebesar alam tu masuk dalam kereta. sampai ke pagar. malam tu lepas makan malam dekat luar, dengan abanglan & shad, aku terus gi kpj. dekat je dalam 15 minit  sampai. tapi waktu melawat dah takde. syera kata esok je aku datang tidur. tapi aku merayu dekat guard tu nak tengok mak saya sekejappp je. so dia ok dia bagi jee masuk. dapat cium peluk ibu pun jadilah. ibu meleleh air mata. ibu kata jangan nangis, tapi ibu sendiri mengangis :'( hmm aku takdapat tidur. ok takpelah aku balik ke rumah dulu. esok pagi aku gerak dengan shad semua la. aku bawak barang aku mana yang patut. lepastu aku pula yang ambil alih jaga ibu dekat wad. ibu taknak pakai pampers. so nak pergi tandas tu kena hati hati jaga langkah. 
seminggu je ibu masuk wad. sebab tak tahan dengan aircond kat situ sejuk. kalau gitu sampai bila ibu nak sihat. so keputusan family nak bawak ibu balik rumah, rawatan secara tradisional.
alhamdulillah, syera pandai urut. satu hari tiga kali dia urut ibu dengan minyak tanah. 
setiap pagi dalam pukul 10-11 gitu, panaskan air, mandikan ibu air suam. dalam seminggu juga ibu pakai kerusi roda tu nak pergi mandi semua. ibu dah kuat sikit. 
syukur sangat masa tu aku cuti. dapatlah aku jaga ibu. masa sapukan bedak dekat badan ibu, ibu ucapkan terima kasih. aku cakap ke ibu, kenapa pula ibu nak berterima kasih pd nur, nur yang berterima kasih pada ibu sebab bagi nur peluang untuk jaga ibu dan nur bersyukur dapat mandikan ibu jaga ibu semua, so dont need to thanks. tiap pagi ajar ibu exercise mulut semua. a e i o u semua tu hahaha. ibu kata, patutlaaa abah suka sakit, rasa tenang je. doa orang sakit ni sangat makbul. benarlah. sakit ni. untuk kita lebih dekatkan diri dengan Allah.

ibu cuma mild stroke. tu yang boleh cepat baik.

dan sekarang, cuma tangan belah kiri ibu tu macam berat sikit. 
alhamdulillah, ibu yang dulu agak cengkung, 
sekarang dah bambam sikit. 

ibu pun, banyak makan ubat, antaranya herbalife.

aku pun minum herbalife, tapi tak kurus kurus pun hehehehehe

ni pun, syukur alhamdulillah, aku belajar jauh pun, dalam dua bulan sekali tu aku balik.
takpelah, seksa sikit untuk sambung belajar ni sebab jauh,
nanti dah kerja dekat sikit.
dekat jee pengerang tu banyak kerja kosong.

sooo heyyy terengganuuuu here we go ~

baru sem pertama, tak de lagi tempat menarik nak pergi....
paling paling pun gi ecm kuatan... pulau pebenda ntah 

jauh daripada keluarga ni juga
satu cabaran

huhh

rindu memanjang

nak makan memacam 

tapi tu laa...
bila dah belajar luar negeri ni
daripada banyak negeri negeri

banyak aku perhatikan

dan aku
cuma laa perlu gigih dan iman tu 
perlu kental
sentiasa dipolish

bila dah jauh dari keluarga,
kau dan iman kau je yang 
bersaing

mana diri kau yang
sebenarnya

cari.

kau solat tak solat semua dalam jagaan kau sendiri

pesanan;
carilah kawan yang sama-sama nak berjaya
bukan setakat berjaya
tapi berjaya ketika menjaga dalam hubungan Allah.

so
kalini target, 
nak capai 4.0 
tak four point zerroo pun

dekan cukup laa. 

tak dekan
lulus pun cukup bermakna dah

ibu kata, direct sem dapat dekan dapat hadiah
opal kata, sem ni dekan ada hadiah tak boleh bagitahu

ok aku nak tengok
pastu nak tuntut janji

hahahahaha

ok banyak lagi nak cerita

tapi nanti ehhhh

ramai orang tegur aku dah gemok

wekkkk suka ti

okkk byee nak angkat baju

sebelum tu, 
jangan lupa ye setiap kali lepas solat, 
doalah untuk saudara kita
untuk kemenangan Islam
untuk BaitulMaqdis


Saturday, January 10, 2015

Langkau Semalam

"pesan pada diri. bermimpilah ! kerana dengan bermimpi akan bertemu dengan kenyataan.
dan dengan kenyaatan itulah akan mencapai kejayaan.
in shaa Allah"

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.

satu. dua. tiga. empat............
dan hingga sekarang.
- dah pun masuk 16 tahun

pantasnya waktu berjalan
seiring langkah kaki ini ke hadapan


tidak sangka.

dulunya kecik, gigi gongak.

sekarang


--

dah besar dah pandai uruskan diri.
mampu berjalan di kaki sendiri.

fiuhhhhhhhh....
jauh lagi rupanyaa
perjalanan hidup ini.

"manusia hanya merancang data kehidupan mereka.
tapi, Allah adalah sebaik-baik perancang
buat hamba-hambaNya"

jujur.
berat rasa hati ini untuk meninggalkan ibu tercinta/
di rumah dan diri jauh pada jarak ibu

mana tidaknya
selama ini ke mana ibu di situ aku

langkah ibu langkah aku.

sepanjang abah pergi,
tidur tiap malam aku bertemani ibu di sisi 

aku teringat suatu masa
dunia aku lengkap selengkapnya

--
ibu dan abah
setia mereka di sisi aku dan abang kakak yang lain

kini
seorang pergi. abah.
rasa lumpuh hidup aku.

tapi,
aku perlu lagak kuat

'jangan nangis depan ibu nanti ibu sedih'
suatu bisikan yang aku pernah terima
lupa siapa pemilik suara itu.

jadi, tidak akan lama lagi

malam kiri kanan aku tiada siapa malam sahaja serupa

bukan taknak sekolah lama, tapi
bahagian yang aku minat tak ada

huwaa apa ?! hati tak terima jiwa merontak
untuk belajar benda yang kita taksuka!

pujuk hati.
tabahlah.



*******
oat krunch yuummyyyy

10 / 1 / 1999 sehingga 12 / 12 / 2011

aku rasa tempoh itu cukup sempurna dan sempurna.
aku dijaga dan dididik dengan cukup sempurna. tentang ilmu dunia dan akhirat aku diajar. diajar mengaji, diajar membaca, diajar mengira 1 2 3.
waktu aku umur dua tahun, abah sakit. waktu kecik, apalah aku tahu tentang semua tu. yang aku tahu aku perhati, ramai orang keluar masuk kunjung rumah aku ke bilik ibu abah. ada apa ? kenapa ya ? setahun selepas tu, abah dah mula sembuh sedikit. alhamdulillah. abah kembali semula mengajar pergi ke mana mana sekolah untuk berceramah. akak-akak abang-abang aku selalu cemburukan aku. mereka pernah merasa pergi ke ceramah abah sendiri. aku sorang je tak pernah merasa bersekolah dengan ibu ayah sendiri. best tak? mesti bangga kan lelaki yang berdiri di hadapan tu, yang membangkitkan jiwa anak muda, lelaki itu rupanya abah kita. bukan niat bangga untuk menunjukkan diri. cuma bangga dengan ayah kita!

lepas abah dah tunjukkan keadaan positif, setiap kali abah balik dari sekolah. lepas abah dah rehat bersiap semua. "jommmm" ajakan abah. hurraayyyy ! lonjakan tanda kegembiraan seorang anak kecil. aku. naik motor kriss lama. aku duduk belakang ataupun depan. tengok mood haha. round beberapa kampung. apa yang aku buat sepanjang tu, apa lagi, bukak mulut la! nyamaann angin di tekak ! bahagia sangatt ! mak angkat aku yang jaga aku, katanya selalu jadi mcm orang hampir gila cari aku dekat luar, takutnya aku main dekat perigi haha padahal aku dibawa abah berjalan.
waktu subuh je, satu sapaan setiap anak terasa di telinga "nakkk subuhh nakkk". lepas je solat subuh, siap-siap. "jommm" !!! yeahh, jogging pulak. kekadang satu round kampung je tapi kekadang sampai ke jeti pengerang. abah jogging. aku naik basikal kahkah ngelat  :p bila pertengahan jalan, aku raba kocek abah. "yesssssss!" faham la abah makna aku tuh. belanja ngopi pagi ! heww heww. kekadang abah saja tak bawak beg duit, sebab ibu dah beri warning awal-awal sarapan dkt rumah tak boleh lari hahaha.
bahagianyaa.

*********

12 tahun.
sebagai murid peperiksaan. sebagai aku harapan sekolah. upsr. digalas satu tanggungjawab besar. balik dari sekolah lambat semuaa. kelas tambahan. kekadang aku pergi terus ke sekolah ibu, sekolah menengah. dekat sebelah je. jalan kaki. kekadang malas ibu amik. waktu tu, abah dah pencen awal. sebab sakit abah datang semula. tapi abah still boleh drive... pergi ibu hantar, balik kekadang abah amik. 
ada satu malam tu, ada majlis solat hajat untuk pelajar tahun 6. malam tu, abah tak pergi. ibu je pergi. kecik hati la juga. tapi hati anak perlu faham keadaan abah. lepas beberapa hari, waktu hari peperiksaan. ibu yang hantar. sebelum masuk dewan kan, setengah jam ada lagi masa. tetiba, aku nampak kereta kancil hitam kuning letak parkir di sebelah bangunan baru.

Abah !

aku lari tengok abah. abah bertongkat masa tu. abah kata, "nakk, tunjukkan abah surau". 
aku bawaklah abah, abah sorang je masa tu. risau pulak aku. dah laa surau tingkat satu. abah bertongkat. bahaya kalau dibiarkan. masa tinggal 10 minit. waduh gawatt ni. nasib abah dah amik wudhu dari rumah. aku tempatkan abah dalam surau tu. sebelum aku pergi, aku salam abah, "abahh doakan nurr ye". abah peluk aku, sambil pesan, "baca bismillah nakkk sebelum masuk dewan, langkah kaki kanan. ingat, Allah selalu ada dengan kita". baik bahh. terima kasih.

aku terus lari ke dewan. huhh. nasib satu baris baru masuk. 



hari keputusan upsr keluar *gementar*

masa tu, aku dengan kawan-kawan yang lain kat atas pentas. latihan untuk esok malam, ada majlis anugerah. tetiba kan, ada seekor lalat nii hinggap betul betul dekat hidung aku.
'dalam hati ishh apa laa nasib baik hari ni'. tengah menyanyi tuuu, guru besar dah balik dpd ambil keputusan dekat ppd. perghhh. teruskan je laa nyanyian. relax. tetiba cikgu suruh stop. ada pakcik makcik tukang kebun yang memang rapat dengan aku tunjuk satu signal. keluarkan tangan mereka tunjuk 5. apa maksud tu? kawan dekat sebelah aku yang sama tengok makcik tu pun teriak, "yeayyyyy ada 5 orang dapat 5a!!!!" hish biar betul?  "kenduriiii laa kitaaa!!" haha. cikgu kharis dulu pernah janji, kalau 3 orang ke atas dapat 5a, cikgu buatkan kenduri untuk kita semua. haha. besttnyaa! 
okayy guru besarr dah ada. masing-masing minta ambil tempat sendiri. aku duduk. berpeluh jugaa. 
tetiba ucapan awal dia berterima kasih dan ucap tahniah. katanya, ada 10 orang dapat keputusan cemerlang. aku dalam hati 'biar betul? tapi kenapa sedih no bunyi nye'. guru besar, "haha saya bergurau saje. 10-9 berapa? haa hanya seorang sahaja yang mendapat 5a". mata dia lirik dekat aku. ahh aku tak nak berharap la! "siti khairunnur binti laderlah, mari ke depan. ambil slip. tahniah. anda dapat 5a" aku? tekup mulutt mata dahh berair dia. 'benar ke ni? mimpi ke aku'

lepas tu, cikgu bm bisik telinga aku. tahniah nur! cikgu-cikgu semua takutt sebab kertas soalan bm awak dapat 70++ je. nasib gred turun ! yaallah alhamdulillahhhh sesangat.

bm pemahaman aku memang reject hui >< bak kata cikgu kharis, orang keling. k terima haha.

tetiba. kawan aku jerittt "nurrr ayahh kauu!!"

ha? aku keluar.. 
tengok abah tengah berlari dengan tongkat dari kereta. haa ni mesti ibu dah beritahu abah dulu ni.
aku pun berlari dapatkan abah. bila dah dekat sedikit,
"abahhhh"
"tahniahh nakk jadi orang yangg berjaya nakk abahh bangga", sambil melutut abah memeluk.
yang lain hanya memandang. haha maluu nyee xD bayangkan, aku dan abah dekat tengah. murid-murid cikgu-cikgu lain membulatkan kami berdua. hahahaaa terima kasih yaAllah. air mata abah yang jatuh itu, sangat berharga.

air mata gembira untuk kali terakhir kali kah ini?

malam anugerah

bulan disember 2011.

cuti sekolah yang panjang itu, aku bukan seperti kawan-kawan yang lain. cuti aku banyak dihabiskan di hospital. abah dimasukkan di Hospital Sg Buloh. abah ada pembedahan kepala di otak. sebabnya di kepala abah ada air. tidak tahu punca air itu dari mana. doktor kata, kalau ada air mesti ada ketumbuhan tapi abah tak ada cuma air sahaja.
aku temankan abah. ibu terpaksa jaga abang aku spm, pulak tuu kena chicken pox. fuhh.
malam pagi aku abah di sisi.

sebelum bertolak ke kl nak masuk ke hospital. nenek, mak abah ada di rumah. petang tu nak bertolak. aku. kak Anis. kak Syairah. 
abgNaufal kena chicken pox masa tu. pagi sebelum bertolak tu, aku dgn ibu pergi ke pengerang. ada pokok besar tu katanya ubat utk chicken pox. daun india orang panggil. jadi, ambillah minta izin dulu dengan tuannya. 

nak bertolak tu ke kl, abah duduk atas kerusi dlm bilik. dengan ibu. tengah siap-siapkan barang. tetiba abah jerit seolah macam serious sangatt. abah minta ibu ambilkan daun bunga yang 'kita' ambil tu. ibu pelik la. daun bunga apa? bila abah pergi? aku dgn kak Syairah gegas tengok dari pintu bilik.
Allah.
apa tu? pancaran cahaya apa di mata abah? kenapa pelik? kenapa?!
kak Syairah terus mengagak.
"buuu mungkin daun bunga india tu kott". ibu pun amik laa dekat tepi abgNaufal.

"ini ke bangg" suara ibu cemas. 

abah ambil. dan urat daun tengah tu dibelahnya. apa tanda ni?

"nahh syidah abah ambil nii. daun nii tanda cinta kita"

"apa awak merepek ni. nahh simpan nii simpan halau benda-benda halus."

ibu seolah takut. risau.

dah nak bertolak tu, nenek, mak kepada abah. abah sedikitpun tak nak pandang muka nenek. ntahh. kenapa hari tuu lain sangatt ye?

tiga minggu aku jaga abah.

mingu pertama tu, ibu naik ke kl dengan abgNaufal. lepas habis spm. jadi, aku dgn abgNaufal lah yang jaga. dekat situ ada hostel. so senang la. ibu balik semula ke kampung dengan kakSyairah. banyak urusan ibu. nak uruskan itu ini. majlis perkahwinan kakak-kakak aku lagi beberapa minggu je. nak contact dengan tukang masak semua, kad belum edar. jadi, ibu yang uruskan. kesian aku lihat ibu. nak bantu sama, tapi di situ lagi penting. abah. jadi doa aku perjalanan ibu dipermudahkan Tuhan.

minggu kedua ibu naik kl semula. abah dah selamat operation. alhamdulillah. nampaknya abah menunjukkan keadaan yang positif. cuma,lepas hari operation tu, abah tak ingat aku tak ingat anak-anak.sedihnya :'( tak apa lah, hati anak cuba faham mungkin bius belum hilang lagi. bila ibu dah sampai, ibu abah ingat. ibu jaga abah masa tu. ulang alik kekadang aku.
suatu kejadian yang bila aku dan ibu cerita, mengalir air mata. hanya aku dan ibu saja masa tu menjaga abah. hanya ibu dan aku saja menjadi saksi. yaAllah maafkanlah hamba-Mu ini. maafkan nur abah. waktu subuh. hati  aku, 'abah kenapa ni bahhh jangan buat benda pelikk bahh ingat Allah'.

malam tu ibu nak pulang ke kampung, urusan edar kad belum settle lagi. kakSyairah ikutt ibu.
malam tu- ibu, kakMaya dan aku dalam bilik wad tu. ibu nak pergi dan sebelum tuu ibu cakap, "bangg, kami nak balik dulu ni uruskan utk kahwin anak nanti. maafkan silap salah kami bang. i love you"

sebelum ni abah tak boleh cakap. susah.
dan malam tu, aku terkejut. hanya seungkap ucapan.

" i...... lo....ve....youuuu....tooo" suara serak yang seakan tidak lepas. suara yang penuh dalam.

aku dan kakMaya jadi saksi waktu tu.
kakMaya dah teresak menangis. aku mampu mengelap satu dua titik air mata.

ibu, sayu saja wajah mu.

sehari sebelum hari itu. 
aku dan abgNaufal mandikan abah. berus badan abah. alhamdulillah semua kerja menguruskan orang sakit macam abah, mudah sahaja walaupun abah tak boleh banyak gerak. aku beruskan gigi abah. abah gigit jari aku. pastu abah sengih. hahahaaa abah abah. ajak gurau ye x'D

rupanya waktu itu adalah hari terakhir aku mandikan abah.

lepas maghrib tu, aku terserempak dengan ibu dekat lobi. ibu nak naik atas. aku pula nak ke hostel. nak beli makan. sempatt aku peluk ibu. abah dah beberapa hari tak boleh makan. tangisan aku petang itu belum reda lagi. tak tahu kenapa, petang itu aku rasa sedihh sangatt tetiba hati suruh menangis. nangis la. pelik. jadinya ibu pun naik ke atas. malam ni ibu nak jaga, kata ibu. kesian pula aku nak suruh ibu jaga, iyalah baru sampai rehat-rehat laa dulu.

aku dalam hostel. baring. kenapa hati ni? gelisah saja.
kakSyairah pun muncul. aku tanya, "okay raa?"

"okayyy tadi abah punya heart beat, jantung, darah semua okayy"

"raaaa kenapa nur ni rasa lain?" aku selimutkan diri pandang arah lain.

"laaa kau jangan susah hati la. pergi amik wudhu baca yassin untuk abah"

tetiba fon kakSyairah bunyi.

'iyea saya. haa okay okayy sayaa sayaa datangg.'

aku terus toleh semula. aku risau! aku tanya kenapa?

akak aku terus pergi. macam kecemasan saje tengok --' hish bukan nak cakap dulu ke.

dlm 10 minit, fon aku bunyi. 'Dinda Era'

'nurrrr baca yassin untuk abahh!!!'


11.00 pm, Ahad

belum sempat aku tanya kenapa dah fonn mati kehabisan bateri. yaAllah !
makcik sebelah aku yang faham keadaan kami mempelawa aku untuk meminjam fon dia. aku terus gapai. line busy. aku? aku terus fikir benda buruk. yaAllah ! apa ini...??!!

diri aku. dalam keadaan cemas begini. aku tak boleh berjalan. kaki aku kaku. tangan ku gigil. aku tak mampu berbuat apa-apa. bibir aku cuma 'abahhh abahh' seolah zikir bunyinya. alhamdulillah, makcik sebelah aku yang lagi sorang tu, agak mudaa sikit. baik sungguh hatinya. dia yang melihat aku dan faham terus mendokong aku. aku dah la berat. gigil aku tidak berhenti... 'sakit apakah ini?'
maaf makcik menyusahkan makcik malam-malam begini.

Allahu. 
abah dijemput panggilan Ilahi...
malam itu... sah aku gelar anak yatim.

pokok tunduk sayu...

'setiap yang hidup pasti akan mati'

aku kena percaya kata itu.

aku berpapah pada dinding.
ke hostel bila mengesahkan, benarlah abah tiada lagi.

tiada kuasa yang dapat menghidupkan sesuatu melainkan kuasa Tuhan.

jenazah abah dimandikan di hospital malam itu juga.

saudara mara ramai berkumpul tiba.

malam itu.
aku rasa setiap tangkai jantung ku direntap
seluruh rasa jiwa aku terbang melayang.

allah. kuatkan ku. sungguh aku lemah untuk ini.

siap abah dimandikan. setiap keluarga diberi untuk mandikan abah kali terakhir. tuang air aku perlahan lahan. teresak-esak aku dibuatnya.

jiwa ku mendesak, mana abah aku dibawa pergi?

anak kecil aku seperti aku berumur 12 tahun menagihkan kasih dan sayang daripada seorang ayah. dan aku kehilangannya sudah.

abah. moga tenang di sana. doakan anak mu di sini. mohon doa dan restu daripada mu, abah.
jemput aku bila tiba nanti. moga kita sekeluarga dapat berkumpul di rumah syurga Tuhan nanti.

selepas beberapa hari, 
hari dirasa gundah. hati rasa gelisah. 

yang paling kesian kakShad. dia jauh. sarawak. takdapat lihat wajah abah untuk terakhir kali.

-
setiap sudut rumah membawa kenangan indah. 

ahhh aku tidak bisa begini.
pasti abah sedih bila melihat aku sedih. bangkit khairunnur!
jerit hati aku.

empat hari selepas abah pergi,
ibu menerima satu mesej.
dan aku juga menerima sebuah surat.

aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.

hambar aku tenung surat itu...

maaf. aku perlu tolak tawaran itu. walaupun di sudut hati, rasa mahu.

tegakah hati seorang anak melihat ibunya seorang diri yang baru sahaja kehilangan suami? 

aku bisa membandingkan yang mana perlu dan yang mana mahu.

dan sekarang ni ;-


********

ibu. untuk kali ini. izinkan anakmu ini pergi menuntut ilmu
di persada lain.

ibu. ampunkan dosa silap salah nur.

sungguh hati rasa berat meninggalkanmu ibu.

tapi, demi impian yang menjulang.

terpaksa diri melangkah pergi. walau hati seakan tidak rela.

ibu. niat nur suci. minta nur cuma satu, doakan kejayaan nur di dunia dan di akhirat.
seimbang.

ibu. terima kasih untuk segala-galanya.

kerenah ku kau layan.
ragam ku kau sabar.

setiap kali diri ini menimpa sakit, kau setia di sisi.
malam ku berpeluh sejuk, rupanya kepala direndam air. katanya, biar sejuk dalam. 

tika aku mengalami pendarahan, kau lah yang segera ke hospital malam-malam buta.
dalam keadaan kau sendiri silau pada cahaya lampu malam.
tabah kau pandu aku melihat merana kesakitan.

ibu. sayu hati ini.
wajahmu mampu mengalirkan air mata ini. 

ibu.
restu dan reda kepergian nur. nur tahu, ibu juga berat hati untuk melepaskan nur.

"ibu, ibu sedih tak nur nak pergi ni?" tengah basuh pinggan.

"sedih laa nur sekarang ni pun ibu dah merasa sedihnya *seakan menangis dalam*
tapi apa nak buat, anak nak belajar"



ibu. seperti nur kata.

niat nur suci.

kepergiaan ini membawa satu hijrah pada diri nur.

apa yang nur minta.
doakanlah nur dan please please, jaga kesihatan ibu ye! 

ibu.

langkah ini moga diberkati dan diredhai Tuhan.

doa mu tiada hijab.

jadi, doakanlah nur ibu.

menjadi anak yang soleh dan solehah.
menjadi hamba yang taat perintah Tuhan.
menjadi pelajar yang cemerlang.
menjadi pekerja yang berkomitmen.
menjadi isteri yang taat dan setia.
menjadi orang muda yang menyayangi.
menjadi orang tua yang dihargai.
menjadi jenazah yang didoakan.

doakan nur dilimpahi rezeki agar rezeki dikongsi orang yang memerlukan.
dipermudahkan urusan untuk melangkah tanpa gelisah.
dipanjangkan umur untuk berbakti di bumi Tuhan.
diberikan akal yang bijaksana agar status Islam dapat dipertingkatkan.

ibu.

nur mohon.
moga umur mu dipanjangkan Tuhan.
agar engkau dapat melihat aku berjaya. besar nanti.
moga kau dapat merasa wang gaji pertama daripada titik peluh ku nanti.
moga kau dapat melihat anak mu ini membina masjid nanti.

mohon ku sekali pada Tuhan...
ibu wakilkanlah untuk abah merasai semua itu.




ibu. abah.
doakan lah anak mu ini.
sungguh niat ku lillahitaala.

doakan nur ditetapkan hati
istiqomah.

abah.

moga kau tenang di sana.
jemput nur untuk suatu masa nanti.

ampun maaf nur sujudkan untuk mu ibu dan abah.

puteri bongsu ibu ini membesar.

sedang mencari makna kehidupan.
sedang merangkak mengenal Tuhan.

moga setiap langkah nur diredhai Tuhan.


abah. ibu.

kasihmu tiada tandingnya. tidak dapat diganti siapa.

terbayang aku nanti redup wajah mu ibu abah.

ibu abah.

tidak jemu aku mendoakan mu.


moga hidup keluarga kita dipayungi Tuhan.

abah.
nur rindu abah.

ibu.
jauh ini mengajar aku untuk merindui mu.

abah ibu. nur milik Tuhan. dan ibu abah juga adalah milik Tuhan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku...

jaga didik asuh mu aku hargai setiap satu.

terima kasih, kekasihku.


"terbayang aku satu wajah
penuh dengan kehangatan dan ketenangan
terbayang aku satu wajah
penuh cinta dan kasih
oh ibu dan abah.."


-TiJB-
be nice to me :')

Friday, March 14, 2014

Aku ; Duhai Remaja




assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian : D 

jiwaku berbisik keras
mengutarakan beban penat lelah
segalanya menjelma diseluruh benak hati
begitu terasa keras ketika lelah mengalir mengharungi detak nadi...

ada kala kehidupan terasa begitu lelah
amarah jiwa kembali menodai rasa 
mengatakan betapa berertinya diri ini

terus pijak di hari-hari ku
dimana ingatan mengulang pahitnya

kehidupan kelam terdiam sesali hadirnya sesaat kembali...


*terdiam*

walaubagaimanapun ombak badai melanda dirimu sayang
pasakkan iman di dalam dada.
jangan lemah duhai diri ! 
jangan beranggapan bahawa engkau sedang bersendiri ! 
sungguh Tuhanmu sentiasa di sisi !

*toleh kiri*
*toleh kanan*

fasa demi fasa tentang dunia remaja aku telah lewati.
banyak perkara yang aku pelajari.
dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan orang lain.
untuk dijadikan sebagai pengajaran di dalam diari kehidupan.

menyusun langkah-langkah dengan jujur.
moga gugur sebagai jiwa untuk meredhai lagi diredhai Sang Pencipta.

dalam setiap aspek.
aku memerhati dari jauh.
merenung pandangan cantik lagi indah.

wahai sang laut.
kau membuatkan hati ku rasa tenang.
kebiruaan mu membawa aku kepada ketabahan.
keakraban mu antara ombak dan pantai.
jadikan aku terpesona tentang keesaan Ilahi.

yaAllah.
kuatkanlah aku untuk harungi hari-hari-Mu.
hingga ke akhir nafasku.
untuk aku merasakan begitu damainya jika segalanya hanya kerana-Mu.

yaAllah.
maafkanlah hamba yang lagi hina di sisi-Mu.
ampunkanlah aku kerna aku kalah untuk membendung perasaan ini...

hari semakin hari,
terlalu banyak tekanan yang aku rasakan.

lumrah kehidupan wahai nur!
selagi kau hidup kau tak akan pernah diberhentikan daripada menerima ujian.
selagi kau masih bergelar hamba Allah, selagi itu kau perlu bersyukur jika diuji!

namun,
kekadang aku rasa lemah dan terlalu lelah.
pesan banyak kali pada hati agar tabah dan terus gagah.
tetapi tetap juga rasa tidak punya daya dan mahu terus menerus untuk rebah.
aduh!

hakikat dunia sayang :')

khairunnur
kau patut bersyukur !
kau masih punya ibu yang memahami.
kau masih ada keluarga yang menyayangi.
kau masih memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa mendengar keluhan kau.
kau masih punya kawan-kawan yang sentiasa membuat kau tertawa tersenyum.

"apa yang kau nak lagi tak lebih dari secukupnya?"

glurppp.

aku kekadang kuat.
tapi kekadang perghh rasa nak tidur tak nak bangun bangun.

haaa...

apa?
jadi remaja kena kental kuat tabah sabar gagah bak perkasa beb!

remaja.
zaman inilah yang 2 kali dalam hidup.
dan amat penting sekali sebab di titik inilah untuk kita melalui penitian kehidupan.

2 kali?
sekali di dunia.
sekali di akhirat.

nanti di akhirat, kita akan jadi muda taww :) *fiwwittt*
dan bagaimana watak kita di dunia akan digambarkan di akhirat kelak.
so berjaga-jagalah yeaa...

INGATLAH!!!
nanti atuk nenek oyang nyaie semua akan jadi cun melecun menawan
macam ucu-ucu nanti sama taraf je masing-masing ^_^
hihikss : D

*hirup nescafe bersama biskut baby yummyyy*


paling lemah sekali ujian dari Dia yang aku akan dan pernah hadapi ialah.
ujian tentang hati dan perasaan.
fuhh memang beghat nanang arghh !!

sebab sayang itu adalah ujian sebenarnya.

merendahkan rasa sayang itu.
agar tidak melebihi daripada menyayangi yang selayaknya.
DIA.
Pemilik Hati Manusia.

cukuplah sekadar mengetahui isi hati masing-masing
dan aku tidak memerlukan hubungan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana pengakhirannya nanti.
= )

sebenarnya,
dia adalah ujian untuk kita :)

dan berhati-hati dengan ujian.
moga ia tidak menjadikan sebagai ujian mudarat untuk kita.

^^,

teruslah melangkah khairunnur.
kau teruslah maju untuk melalui segala kesulitan ini.
anggaplah kesulitan ini sebagai ujian.
mungkin sakit bila digenggam.
namun terasa nikmat jika ia dihayati satu per satu.

hati yang pernah dirobek dulu.
jangan kau kenang sayang :)

aku bahagia meneruskan dunia remaja aku.
aku bahagia jika dunia remaja aku adalah tempat yang selalu aku berlinangkan air mata.
sebab di titik penitian itu,
aku tahu bahawa kesedihan itu bukan datang sebagai pemalang hari.
tetapi kerana gembira itu tidak terkata.

pandang langit.
yaAllah.
moga setiap persoalan aku akan terlerai.
tidak sekarang suatu hari nanti :)

*n/p Pelita Hidup*

remaja rosak.
sebenarnya 'mereka' masih boleh dibentuk.
mereka digelarkan 'rosak' mungkin pernah terlewat dengan bisikan syaitan.
yang tidak dapat dihalang.
disebabkan iman begitu tipis.

nauzubillahminzalik.
jauhkan dari aku dan rakan-rakanku yang lain daripada segala kejahatan.

jangan!
jangan pernah sesekali menghindari 'mereka'.
tetapi dampingilah dia.
bukan hendak mengikut jejak langkahnya.
tapi untuk rapat sambil berdakwah kepada 'mereka'
menarik 'mereka' daripada terus berjinak dengan perkara yang terus merosakkan 'mereka'

'mereka' masih boleh dibentuk.
'mereka' juga manusia yang selalu dan sering melakukan kesilapan.
mungkin jauh dari suduh hati 'mereka' ingin berubah,
tetapi dengan keadaan masyarakat sekeliling yang selalu memandang rendah.
membuatkan semangat 'mereka' terus hilang.
jangan.

belailah 'mereka' bukan menghina.

'mereka' yang masyarakat kita label 'ROSAK' belum tentu dijauhkan syurga buatnya.

manusia mana yang dilahirkan sejak kecil lagi berniat untuk menjadi jahat!
manusia mana yang dibesarkan otaknya sejak kecil lagi telah disunting untuk jadi rosak!

T I A D A

kebanyakkan keadaan sekeliling mempengaruhi 'mereka'

nauzubillahminzalik.
jauhkanlah yaAllah dari aku dan rakan-rakanku.

pesan aku yang bukan budak baik.
hanya M U M A I Z
jangan jauhi 'mereka'
tetapi dampingilah 'mereka'
asah iman moga ia menjadi lebih tajam dan tajam.
sambil itu tusuk 'mereka'
inshaAllah :)

Wednesday, October 30, 2013

ヅ Lumrah Semalam ヅ

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :D

yaAllah , 
jika aku jatuh hati ... 
panahkanlah hatiku pada seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu ...
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu ...

yaAllah ,
berikan aku ketabahan untuk menghapuskan segala rasa ini ...
perasaan kepada mereka yang lelaki ajnabi dengan ku ... 
mereka yang bukan muhrim bagi ku ...
agar tidak aku lalai dalam mencari kekasih ku yang sebenar ...
hanya Allah hidup dan mati bagi ku ...

jodohku ketentuan Allah swt ... 
biarlah segala-galanya Engkau yang merencanakan ... 

buat masa kini , 
belajar adalah penting dan penting sekali untuk aku ...
untuk aku mencapai kejayaan .
yang selama ini aku impikan . 

yaAllah ...
semoga daku berjaya di dunia dan di akhirat . 

Ameen ...
yaRabbal al-lamin ... 
doakan aku yaa. buat sesiapa saja yang terbaca :')
agar aku terus kuat dan tabah seiring dengan pemulihan iman ini ... 

kali ni.
mungkin cerita lain sikit.
berbeda barangkali.

"ibu ... sekarang ni . i want to stop thinking all of about feelings , love ... i will mum ! 
now , nur nak belajar rajin-rajin . nak kejar cita-cita nur .
dan bila masa yang sesuai nanti.
ada orang lelaki . siapa-siapa .  
yang datang meminang anak bongsu ibu ni . 
nur akan terima"
*aiceh , dengan bangganya!
serious talk .

"habistu kalau yang datang tu gangster kau nak terima juga?"

*ibu buat lawak kay -,- *sabarr

"ibu nii ... takkan lahh nur nak terima yang cenggitu . 
nur akan tengok dalam 4perkara .
first nur tengok harta dia . 
second keturunan dia mcm mana ..
kecantikan dia ...
and last sekali , nur akan tengok agama dia" 
winkkwinkkk

"Lalu , pilihlah yang BERAGAMA , 
nescaya sejahtera hidupmu" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

actually , 
nur paling titikberatkan dalam keAGAMAan . 
kerna itulah asas dalam kebahagiaan .

copp !
kekayaan yang pertama itu bukan beerti aku ini pandang pada harta .
tidak .
in more details ,
tentang setarafan kita .
setarafan dari segi ilmu , pandangan , pendapat dan juga wang .
kalau setarafan yang jauh beza ,
sukar untuk kita berkongsi pendapat ,
berkongsi cerita .
kerna hala yang berbeza-beza .
dok gitu ?

*keadaan di sekeliling aku .
cukup memberi pengajaran bagi aku*

apa yang nur nak highlight di cerita ni .
nur nak berhenti dan berhenti dalam 
soal hati . perasaan .
nur dah penat . letih . 
dengan semua tu .
cukuplah dengan itu saja . 
noktahkan segalanya .

aku kumpulkan segala keramat . 
doa dalam setiap sujud . 
agar jodoh itu ada .
yang baik-baik saja .
inshaAllah .

aku tidak mahu mencari cinta . 
cukuplah mereka yang sudah menyakiti . 
biarlah kali ini cinta yang datang dengan sendiri .
secara HALAL

dia . yang dirahsiakan oleh Sang Dia
yang kental .
yang gagah perkasa . 
meminang ku secara terhormat .

# whoiiiii !!! lama lagi kot -,-

tapi aku . kita .
sepatutnya memandang ke hadapan .
bukan ke belakang mahupun ke bawah .
maju . 
jangan mundur hanya kerana umur pendek . 
eh ? 

saat HATI kata 'ingin'
namun Allah berkata 'tunggu' 
saat AIR MATA menitis 
namun Allah berkata 'bersenyumlah' 

saat segalanya terasa 'membosankan'
namun Allah berkata 'teruslah melangkah'

KITA merancang , ALLAH jua merancang . 
tetapi PERANCANGAN Allah itu lah yang terBAIK

aku PEREMPUAN . aku WANITA . aku juga seorang MUSLIMAH .
punya hati dan perasaan . 
tipulah kalau kita tak ada perasaan pada seseorang kan ?
tetapi aku bukan jenis perempuan yang terngedik-ngedik dekat lelaki .
ngurat?
sorry laa . aku bukan jenis pelayan mamat rempit tepi jalan tu . suitt-suitt sana sini .
miang namanya ! aku bukan . aku ada cara aku . tersendiri .
tadah . tutup muka . doa kepada DIA . tuan milik segalanya .
eh ?

cenggini . 
kalau kita sukakan seseorang tu kan .
jangan beritahu si dia . dan elakkan sama sekali .
nanti Allah kurangkan rasa cinta kepada Dia .
jadi , 
kita luahkan kepada ALLAH ^_^
beritahu ALLAH . 
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik bukan?
kerana ALLAH itu pemegang hati hamba-hambaNya .

jika benar cinta itu kerana ALLAH , 
biarkan ia terus mengalir mengikut Syiar Allah . 
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH .
maka ia pun berhilir kerana ALLAH . 

aku .
ketika aku mendambakan sebuah cinta sejati .
Allah swt mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya!
percayalah!
Dia telah menciptakan seseorang buat hidupku kelak .
ketika merasa aku mencintai seseorang,
namun aku tahu cintaku tidak berbalas.
Allah swt tahu apa yang ada di depan ku , 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untuk ku .

cukup cintai dalam diam.
bukan kerana membenci hadirnya.
tetapi menjaga kesuciannya.
bukan kerana menghindari dunia.
tetapi meraih syurga-NYA.
bukan kerana aku lemah untuk menghadapinya.
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus menyelusup.
menghasut hati.
nauzubillah.

"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu.
Allah lebih mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." 
Al-Baqarah : 216

jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai.
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
sebaliknya , 
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Dia. Yang Maha Memberi.
nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi.
kerna Dia mendengar pengharapanmu di dalam setiap sujudmu . 
Dia menunaikannya dengan cara-Nya tersendiri.

cukup cintai dalam diam dari kejauhan.
dengan kesederhanaan & keikhlasan.
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.
mungkin saja rasa ini ujian .
yang akan melapuk barangkali
membeku dengan perlahan?

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.
biarkan Dia yang mengatur.
semuanya.
hinga keindahan itu datang pada waktunya.
sesuai.tepat.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga" (Umar Bin Khattab ra)

if you really love someone , you won't touch her/him.
not even the slightest bit.
you'll protect her/him dignity and sacredness as a muslimah/muslim.
just hold her/him in your heart for a few more years...
then you can do it the halal way ... 
believe it to Allah ... inshaAllah ! 

pesanan untuk aku . dan kalian .
"sayangg" "biyy" "baby" "mama" "papa" apa segala panggilan .
hilangg manis nanti taww .
kan cantik kalau kita simpann rapi-rapi semua tu untuk yang sah kelak .
suami . isteri . kan?
awak-awak rasa tak macam tu ?
dia boyfiee , dia girlfiee ,
semua tu nothing .
semua itu lakonan sahaja .
percayalah!

terlambat ?
tidak .

*pause* *hirup nescafe* *nyummyyy* ^_^

orang itu sedang menunggu 
aku di hujung-hujung 
MUNAJAT dan DOA buat aku =) 
inshaAllah =D

lelaki yang tunduk mengalihkan pandangan dari mata bertentang .
itulah yang terbaik sebenarnya .
kan ? @_@

yaAllah ... 
Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana kasihkanMu.
bertemu dan patuh padaMU.
bersatu memikul dakwahMU.
hati-hati ini telah berjanji setia mendaulat dan menyokong syariatMU.
maka eratkanlah dan ikatannya.
kekalkanlah keimanan di hati ini .
tunjukkan ia jalan yang sebenar .
limpahkan dengan cahaya RabbaniMu . 
yang tak pernah padam.
lapangkan dengan iman ...
AllahumaAmeen =')

*pandang kiri . pandang kanan . 
*aku ni jahil lagi sebenarnya . benar!
* sejahil-jahil manusia .
* kerna aku sendiri lemah dlm menjaga hati . sendiri .
* mengawal apa kehendak hati .
* sering duniawi !

maafkan aku yaAllah .
maafkan hati ini .
yang selalu lalai 
dengan nikmat dunia ini . 
AllahuRabbi ... 

terdenak . 
terfikir sesuatu . 

di saat aku fikir akan soal HATI dan PERASAAN . 
aku jauh terlena . 
aku lupa . 
aku juga perlu fikir akan soal AJAL dan MAUT

"sesungguhnya , jodoh itu pasti . 
tetapi , mati sudah tentu pasti . "

deep . 
kan ? 

mana tahu kita mati waktu muda.
mana tahu kita mati waktu masih belajar lagi.
mana tahu kita mati waktu nak pi sekolah.
mana tahu kita mati waktu bangun pagi tak bangun-bangun.

kita mana nak tau?
malaikat Izrail datang cabut nyawa kita.
dia mai.
mana nak tau kan?

ALLAHU .

bila pandang kubur tepi jalan .
tenungg lama ... 
bagaimana aku nanti?
adakah ada yang rela memandikan jenazah ku nanti ?
adakah ada yang sudi mencium pipi sejukku nanti ? 
adakah ada yang melarat mengangkat keranda ku nanti ?
adakah ada yang mahu menabur air bunga di pusara ku nanti ?
adakah ada waris untuk doakan ku saat aku di alam sana ?
adakah ada rakan-rakan ku sedekahkan seungkap al-Fatihah ?
adakah ada yang sanggup mencangkung di sisi pusara ku nanti melaungkan surah Yassin ?

adakah MASIH ADA ???
:'( hanya ku harapkan sekalaung AL-FATIHAH dari kalian buat ku nanti :'(

ALAM AKHIRAT 

aku banyak dengar cerita-cerita tentang alam akhirat . 

~mereka ada tempat perkampungan . 
surronding nya seperti di dunia juga . 
ada kawan-kawan . penduduk kampung . 

~mereka ini ada makan . 
makanan mereka adalah Doa . 
yepp ! doa daripada ahli-ahli keluarganya .

ada A . ada B . 
A selalu kenyang . dapat makanan . ahli-ahli keluarga nya selalu mendoakan buat A .
B ini tiada makanan daripada ahli-ahli keluarga nya .

suatu hari . 
A lapar . sedangkan A lah yang selalu kenyang .

B bertanya kepada A . "mengapa kau A ? sedangkan engkau selalu menerima makanan daripada ahli-ahli keluargamu?

lalu A menjawab "tidak . sekarang aku tidak dapat lagi makan makanan daripada ahli-ahli keluargaku"

B bertanya , "mengapa?"

A menjawab "kerna semua ahli-ahli keluarga ku juga sudah berada di alam ini sekarang"

A dan B juga ada makan . makanan diorang adalah Doa daripada imam-imam yang membaca doa ;-

"...Walijami'il mu'minin nawalmu'minnat . walmuslimin nawalmuslimat . al ahya iminhum wal amwat . birrahmatika yaa arrahman nirrahim" 
- ini lah doa buat mereka ...

Wallahualam ...
itu saja pengetahuan nur tentang alam akhirat yang sedikit sebanyak dapat nur kongsikan . 

kita tak tahu ajal kita.

tua.muda.

senang.susah.

mudah.sukar.

hanya berserah kepada Dia.

aku impikan ...
kematian ku berada di saat aku tenangnya aku.
di sujud.
mungkin.
di pangkuan seorang ibu.
harap ku.

***************************************************
aku tersedar.
aku sepatutnya berhenti memikirkan soal hati jua perasaan.
yang bersarang dalam jiwa.
biarlah siapa dia.
yang aku tahu.
pasti 'dia' sedang berdoa untuk jodohnya nanti.
mungkin aku tiada dalam senarai doa 'mereka'
kerna aku mungkin akan mati dalam gelaran 'bujang'
mana tahu?
jika pun aku mati dalam rumah tangga.
situasinya sama saja.
mungkin ahli dalam keluarga itu saja yang berbeda.
dalam ARABUG.
mungkin bertambah dengan cucu menantu.
mungkin juga akan lagi berkurang.
akan ketiadaan aku apentah lagi setelah kehilangan Abah.
mana tahu?

^^^^^^^^^^^^^^^^^, 

JODOH ...
AJAL ...
itu segala di tangan Allah ...

saat aku , engkau terfikir tentang jodoh.
perlu engkau tenung di kubur walaupun cuma sesaat.
agar terucap di bibir berkalimah ,
'Astagfirullahalazim'

* cukup Allah swt bagiku . tiada yang lain .

jadi.
sudah sampai ke penghujungnya cerita kali ini.
hanya cerita.
bukan rekaan.
ianya tulus dari hati.

maaf.
entry sebelum dan sebelum ini.
segalanya ku hapuskan. 
bukan delete. 
ianya sekadar perkongsian.
kini.
ia bukan kebenaran.
hanya fantasi.
:)

andai aku jatuh,
jangan biarkan aku jatuh tidak terbangun.

hulurkan tangan murni mu.

Allah tidak pernah ajar kita erti 'terlambat'
kalau tahu esok Kiamat , 
ada benih . 
tanam-setanamnya .
kerna ,
setitis air mata taubat 
itu sungguh berharga dan bernilai
ketika waktu malaikat Izrail
datangg mencabut nyawa 
KITA ...


"selagi kita bergantung pada Allah . 
kita tak akan pernah jumpa perkataan 'kecewa' dalam kamus hidup . 
yakinlah kepada Allah"

*PATHETIC*
try to be
*THE HAPPIEST*

Friday, July 26, 2013

aku MANUSIA

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :D

entry saya . saya tak sanggup dan tak sampai hati nak jatuhkan air maruah orang :)
dengan mention nama , siap nama 'ayah' pun terikut .
dia ada perasaan tak ...? atau dia lupa yang aku ni tidak punya 'ayah' ?
:'D
dan tak terr sampai hati nak buat macam tu .

sayangg ~

jangan anggap saya ni manusia yang tidak punya silap .
jangan pandang saya ni sesempurna mana .
jangan tanggap saya ni seperti malaikat .
saya bukan dan bukan .
saya masih dalam perjalanan .
jangan berhentikan perjalanan saya ni hanya kerana
awak memperlekehkan kan saya sayangg :*

saya manusia .
dan awak juga manusia .

punya hati dan perasaan :)

awak ...
bezakan mana fitnah dulu yeaa :)

fitnah tu terlalu bahaya .
jangan terlalu yakin 'itu' fitnah ...

saya masih punya hati dan perasaan bila dituju 'penfitnah' ...
bagaimana tu ?

hahaaiiii :D
manusia kan ?

okayy ...

##### berhenti seketika tentang fitnah #####

setiap kebaikan aku .
perlu untuk diungkit ke ?
setiap kejahatan aku .
mesti dan pasti dipandang hina .
disebabkan katanya diri dipandang 'baik' ,
habiss setiap setitik seperinci .
kejahatan aku diukur .
walaupun ia tidak sebesar cuma .

awak ...
saya tahu masalah awak .
walaupun ia dari mulut orang .
benar atau tidak itu dibelakang cerita .
tetapi .
saya dapat rasa apa yang awak rasa .

bukan awak saja di dunia ini diuji .
bukan awak seorang saja yang diberi ganjaran dalam dunia ni .

awak perlu bersyukur masih punya ibu dan 2 orang ayah .
tapi saya .. ?
awak tak tahu penderitaan kita .
sebab kita masih kuat untuk menanggungnya sendiri tanpa seorang ayah .
sebab kita masih termampu untuk mengelap sendiri air mata kita .

kita tak perlu walaupun seorang kawan !!!
kita masih boleh hidup walaupun tanpa seorang kawan !!!
cukuplah Allah swt berada di samping kita .

awak silap .
sangat silap .
awak sangka diri ini membenci mu .
sayangg . jangan salah tanggap .
tafsiran 'benci' itu sungguh kejam bagi kita .

sudahlah .
mungkin dirimu masih susah untuk menerima teguran dari kita .
cukuplah .
sekali .
dan terakhir kali .
untuk menegur dan menasihati awak .

tetapi ingatlah ,
kita masih di belakang awak ...
untuk awak dipimpin tangan dari kita .
untuk awak didakap dari kita .
kita masih ada ...
selagi Allah swt beri nyawa untuk kita ...

tapi maaf kali terakhir dari ku pinta ...
saat kau mahu mencari aku ...
saat kau mahu meminta nasihat dari aku lagi ...
maaf sayangg ...
kalau saat itu aku tidak disedar dari mimpi ...
kalau saat itu aku tidak lagi membukakan mata ...
kalau saat itu aku tidak lagi tersenyum yang dianggap kelat dari ku untuk mu ...
kalau saat itu kulit ku tidak lagi mencerah seperti biasa ...
kalau saat itu nafas ku tidak lagi terhembus seperti selalu ...
kalau saat itu seseorang yang kau ingin cari itu telah menyahut seruan akan Ilahi ...

maaf :')

walaupun bukan dipanggil 'mati' selama-lamanya ...
tetapi ...
biarlah saya undur diri dulu dari awak yang dipandang buruk di mata .
biarlah saya yang memulakan langkah jauh pergi dari Smk Tanjung Datuk .
saya perlu masa lagi untuk berfikir masak-masak .
bila saya langkah pergi dari KRK  ,
apa yang saya mahu saja dengar dari mulut awak ,
'saya sayang awak nur kerana Allah'
ataupun izinkan saya yang membisikkan di telinga mu ,
jika dirimu tidak tersudi untuk menghampiri diri ini lagi .

saya termampu lagi berada di sisi awak .
atau diri mu tidak lagi sesuai untuk mendampingi ku .
saya bukan sebaik mana .
inshaAllah akan ku doakan untuk engkau berada di sisi orang yang lebih baik dari diri ini !
walaupun yang lebih baik itu bukan dari seorang kawan ,
tetapi dari seorang suami yang dapat memimpin awak ke Jannah ...

seberhenti di sini sahajalah :)
saya minta maaf .
saya yang sekarang .
saya dah berubah yang awak sangka kita dah berubah !
tapi disangka salah di mata awak .
takpe lha ,
asal niat kita betul LillahiTaala .
ikhlas tu antara kita dengan DIA je :)

saya tak termampu lagi .

"perubahan kebaikan ku disangka satu penghinaan !"

Saturday, June 29, 2013

• dia Yang Di Sana •

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :D

aku mencari cinta .
bukan dari seorang lelaki !!
tetapi dari seorang Muslim !!

RINDU itu ... : ' (

nur nak share sikit ni yg berkaitan dengan 'Selagi Dia Belum Halal Buatku' ...

Aku serahkan penjagaannya pada-Mu yaAllah .
Kerana pada-Mu hamba berserah diri . 
Selagi dia belum halal untutkku .
Selagi dia masih menjadi asing bagiku ...

perjumpaan yang tidak disengajakan ,
pertemuan yang tidak direncanakan dan mencuri-curi padangan menjadi sebab timbulnya sesuatu perasaan di hati dan jua mata kita . *4 tahun yang lalu ~ #2009
semua itu sememangnya kesalahan kita . 
semoga Allah mengampunkan dan memaafkan kita atas kesalahan-kesalahan kita ketika itu . 

Akhirnya , hati pun tidak berdaya untuk menanggung beban . 
dasyatnya rindu dan bayangan !!!!!
yang melenakan hati dan fikiran . 
hati benar-benar ingin memiliki tetapi ...
aral melintang bertubi-tubi . 

Bisikan hati tidak putus-putus mengipas hati menjadi gemuruh keinginan yang luar biasa dirasakan . 
yang ada Lantunan Bait-bait Doa Yang Indah Untuk dia ...
yang masih jauh untuk disentuh . 
tidak mungkin hati menyentuhnya ...
kerana dia bukanlah seseorang yang halal buat kita ... 
bersalahkah perasaan itu ? 

tangan tidak berdaya mendapatkannya .
tidak bermakna mulut berhenti mendoakan kekasih hati . 
"Aku akan doakan dia bahagia dalam penantian . Adakah aku yang dinanti ? Aku hanya memohon kepada Allah agar dia sentiasa dalam lindungan-Nya . Semoga dikuatkan hati dan imannya . Hati dan jiwanya bersabar bukan semata-mata untuk menungguku . Tetapi semata-mata untuk beribadah kepada Allah dengan mendapatkan pasangan paling bertaqwa dan solehah yang dia inginkan ...

Aku tidak berhenti untuk selalu mendoakan dia yang di sana ...

yaAllah ,
aku berdoa untuk seseorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku . 
seseorang yang lebih mencintai-Mu lebih daripada sesuatu . 
seseorang lelaki yang akan meletakkan pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau . 
seseorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu . 
wajah kekacakan dan tarikan fizikal tidaklah penting bagiku . 

yang paling penting adalah sebuah hati 
yang sungguh mencintai kepada Engkau .
dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa
dia hidup , sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas . 
seseorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku . 
seseorang lelaki yang bukan sahaja memujaku tetapi ...
dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah ... 
seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku .
seorang lelaki yang dapat membantuku 
berasa sebagai seorang wanita tatkala berada di sebelahnya . 

aku tidak meminta seseorang yang sempurna . 
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna , 
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu . 
seorang lelaki yang memerlukan diriku ..
untuk membuat hidupnya menjadi lebih sempurna ... 

dan aku juga meminta , 
jadikanlah aku seseorang wanita 
yang dapat membuat lelaki itu bangga .
berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu , 
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu , 
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku , 
berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga 
kecantikanku datang dari-Mu
bukan dari luar diriku ... 

berilah aku tangan-Mu sehingga 
aku selalu mampu berdoa untuknya ,
berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga 
aku dapat melihat hal baik dalam dirinya ...
dan bukan hal buruk sahaja . 
berikan aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat , 
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari , 
dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi ,
dan selalu memberikan semangat untuknya .
dan bilamana akhirnya kami akan bertemu ... 
aku berharap kami berdua dapat mengatakan , 
"Betapa besarnya Allah itu kerana dia telah mengirimkan engkau kepadaku , 
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"

Aku mengetahui bahawa Engkau , yaAllah ... 
menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat ...
dan Engkau , yaAllah ...
akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan

Al-Fatihah buat dirimu sebagai hembusan kerinduan ku padamu ~ 
semoga engkau berjihad demi agama KITA
Takbir ! AllahuAkbar ! 

# dan juga ... mari sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat sahabat kita , arwah Syafinaz binti Shafie ... yang telah menghadap Ilahi ... Allah swt lebih menyayangi beliau . Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... 

Ameen ... 

Tuesday, May 28, 2013

♥ hambaAllah ♥

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :')

"... kejahatan yang ingin berubah kepada kebaikan ,
ia memerlukan 1 langkah ... iaitu ada pada 'ISLAM' " 

ukhuwah fillah abadan abada . inshaAllah .

hari ni ... dan sebelum ini ... bermula tahun ini ...
hati begitu kuat mengikat jiwa ...

YA ALLAH ... bimbinglah aku ...
Teguhkan iman ini YA ALLAH ...
Jangan biarkan ia mudah rapuh YA ALLAH ...
Aku masih tergapai untuk mencari keredhaanMu YA ALLAH ...

aku jua insan .
insan yang tidak pernah terlepas dari pandangan malaikat Atib untuk melakukan tugasnya .

Ya Allah ...
memang tiada insan sesempurna junjungan Kami , Nabi Muhammad saw ...
tapi ..
tidak salahkan andai terdetik di hati ini untuk mengabdikan pada diri ...
akan tentang kesesempurnaan Rasul ?

Allahu :'(
sungguh jahil diri ini ...

"Sepantas mana kamu berlari , sedalam mana kamu selami , sejauh mana kamu menyorok , ingatlah bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar"

*yaaa ...
aku yakin .
walaupun setiap dering di hati terdetik mahu berHIJRAH ... berUBAH ...
Allah pasti mendengar ...
cuma cepat atau lambat sahaja ...
kerna Allah hendak menguji hambaNya ...
bertahanlah Nur :)

begitulah kehendak hati ...
bukan diri ini mahu tunjuk baik ... alim ... hebat ...
aku manusia !
ya !
engkau manusia kan ? kita sama ...
sama-sama pernah melakukan kesilapan ...

Ya Allah ...
ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah ...
yang sering lalai ... alpa ...
dengan Duniawi YA ALLAH :'(

Yaa :')
Doakan Nur suatu hari nanti ...
Bantulah hambaMu ini mencari keredhaanMu ...

amal tanpa istiqomah ,
bagaikan chipsmore :3
actually , i'm not too expect to dress a niqab ...
cause , for me ...
that the more important is ... ISTIQOMAH ...
but even if i wear it ,
i thought , it's nothing wrong right ?
ini kan pakaian zaman Rasulullah dulu ...

menghijab diri :
=hanya ingin menutup aurat ...
dari pandangan ajnabi yang boleh menimbulkan fitnah apabila anak Adam memandangnya dan menimbulkan rasa syahwat di hatinya .

yaa ! i agreed that .
it's so annoying kay bila ada separuh manusia yang memandang para-para niqab ini pada pandangan yang buruk .
HEY ! HATI tu penting . itu antara dia dengan Allah andai hati itu berniat baik mahupun tidak .
yang nak sibuk asal ?
orang yang seksisaksamaksa tuh ?
orang yang freehair tuh ?
orang yang showbodyshow tuh ?
                                   
it is going better than the word on this right ? 
fuh !! sob .. sob .. sob .. 

maaf
##### lari tajuk #####

okay . 
aku berharap sungguh . 
aku dapat zauj yang baik imannya ... akhlaknya ... 
yang dapat bimbing aku kepada kebaikan dalam perjalan keranaMu ... 
yang dapat bersama ku dalam nafas terakhir yang berada dalam keredhaanMu ...
Allahu :')
perkenankanlah doa ku YA ALLAH ...
kekacakkan ... kekayaan ... bukanlah igauan ku selama ini ...


"Ya Allah ...
krimkan dia yang dapat membawa kebaikan dalam setiap penghijrahan ku ... 
Baik bagi duniaku akhiratku AGAMAku ...
Agar kami sama-sama berjemaah tuk tetap Menuju-Mu ...
Bimbinglah hati kami , kuatkan hati kami ... 
Penuhilah dengan Rahmat & Kasih sayang-Mu"

doakan Nur :')
agar tetapkan iman ini ... 
beristiqomah dalam ibadah ... 
HARAP penghijrahan ini ... akan datang ... ada di sisi yang menemani ...

thanks to mum cause selalu beri nasihat Nur dalam hal ni ...
pernah jua mnyatakan hasrat ini ...
namun , waktu tidak mengizinkan ...
aku faham :)
namun , doa dan niat yang baik , 
inshaAllah , Allah akan tunaikan walaupun bukan sekarang ... 

doakan untuk ana ya ! :')
agar dapat menempuh dugaan hidup ... 

Ahlan Wasahlan :)


❥ Luh Mahfuz ...